in

“Sedihnyaa tengok” – [VIDEO] Murid Naik Rakit & ‘Cable Car’ di Sabah Undang Marah Netizen

Pelajar Sabah Pergi Sekolah Naik Rakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saat dunia semakin maju dan negara juga mempunyai pelbagai kemudahan pengangkutan serta jalan raya yang canggih, tidak kita sangka masih lagi ada pelajar terpaksa naik bot atau jambatan yang berbahaya untuk ke sekolah.


Malah menerusi satu perkongsian di Twitter, tular video dan foto yang memaparkan sekumpulan murid dari SK Nangkawangan Nabawan, Sabah terpaksa menaiki rakit dan pengangkutan seakan-akan ‘cable car’ tapi lebih berbahaya untuk ke sekolah selepas jambatan gantung di kawasan itu terputus 2 bulan lalu.

 

Jalan berselut, kena naik kereta 4×4 

Menerusi foto lain yang dikongsikan di tweet tersebut, dapat dilihat juga jalan utama untuk ke sekolah berkenaan dalam keadaan yang sangat daif dan berselut serta terpaksa mengharungi sungai kecil.

Malah hanya kenderaan pacuan empat roda saja yang dilihat boleh melalui jalan seperti itu. Aduhai… 

 

“Dah 2022 tapi masih ada kawasan macam ni” 

Rata-rata yang melihat situasi tersebut ternyata sedih dan kecewa dengan keadaan pelajar di Sabah terpaksa melalui keadaan sebegini walaupun negara sudah semakin maju.

Ramai yang berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu buat murid-murid ini demi menjamin keselamatan mereka dalam menimba ilmu ke sekolah.

Sabah

Harap adalah pihak yang take note situasi di tempat ini. Bahaya budak-budak naik rakit dan cable car buatan tu harung sungai. 

Baca: “Sanggup stay Sabah 31 tahun” – [VIDEO] Pelajar Sebak ‘Guru Legend BM’ Akhirnya Berpindah

Cikgu

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.