in

“Sedihnya tak dpt gambar satu kelas” – Gara-gara PdPR, Majalah Sekolah Penuh Gambar Google Meet

Majalah Sekolah Gambar Google Meet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang masih ingat dulu, majalah sekolah adalah antara perkara yang dinanti-nantikan pelajar kerana ingin melihat gambar kenangan manis bersama rakan dan guru.


Namun sejak COVID 19 melanda, boleh dikatakan agak mustahil untuk ambil gambar bersama-sama guru dan rakan kerana situasi pembelajaran secara PdPR dan jarang bertemu satu sama lain.

Menerusi perkongsian seorang netizen @ninomelet_ di Twitter, dia berkongsi gambar majalah sekolahnya yang dipenuhi gambar Google Meet.

Menurutnya gambar screenshot tersebut diambil ketika mereka menghadiri ceramah secara Google Meet.

Walau bagaimanapun, tak semua gambar di dalam majalah sekolah itu dipenuhi screenshot tersebut sebab mereka sempat juga ambil gambar sekelas sebelum COVID 19 melanda.

 

“Pasni rajinkan diri mandi awal pagi… mana tau masuk majalah” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ini berasa agak sedih sebab kenangan manis bersama rakan dan guru tak dapat dimuatkan di dalam majalah sekolah.

Malah bukan di Malaysia saja majalah sekolah ada gambar screenshot Google Meet, ada netizen dari Indonesia pun berkongsi majalah sekolah dengan situasi sama.

Sedih Gambar Sekelas Tak Ada Zaman Covid

Kesian ye budak-budak sekolah zaman COVID ni. Harap dorang dapatlah lalui zaman macam kita-kita dulu bila wabak ni dah tak ada nanti. 

Baca: “Kalau mama beli topup, kami x boleh beli beras dan lauk” – Luahan Murid Semangat Nak PdPR Buat Ramai Tersentuh

Mama

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.