Musim perayaan tahun ni memang meriah dengan pelbagai iklan raya yang masing-masing mempunyai daya tarikan tersendiri. Ada yang menggunakan pelakon lelaki popular, ada yang gunakan babak dari filem ataupun siri popular dan macam-macam lagi lah.
Senang cerita, iklan raya tahun 2023 ni memang kebanyakannya best. Itu belum lagi secara kebetulan banyak iklan menggunakan rumah kampung di kawasan yang sama.
Seperti biasa iklan raya, pastinya akan ada mesej yang hendak disampaikan, ada yang mengangkat tema kekeluargaan, kebersamaan, nostalgia, tragedi tak dapat balik raya dan lain-lain lagi.
Tidak mahu ketinggalan, ProDiet juga ada keluarkan iklan raya yang tidak kurang meruntun jiwa jugak! Menggunakan konsep animasi, ProDiet punya iklan ni memang confirm akan buatkan korang tersentuh, lagi-lagi kalau korang memang pencinta kucing.
Mengikut jalan cerita animasi berkenaan, iklan tersebut mengisahkan tentang seorang lelaki berumur yang tinggal berseorangan dan pencinta kucing dan sering membawa motosikalnya untuk ke bandar demi memberi makan dan bermain dengan kucing-kucing terbiar yang ada di kawasan tersebut.
Biasalah, bila mana banyak haiwan yang terbiar, pihak berwajib pastinya akan ambil tindakan. Begitu juga nasib menimpa kucing-kucing kesayangan pakcik ni.
Lebih menyedihkan, pakcik terjatuh sewaktu cuba mengejar van yang menangkap kucingnya.
Nak tahu kesudahannya? Macam mana nasib kucing-kucing berkenaan? Korang boleh tengok video penuh dekat bawah ini :
Sedih kan? Tapi itulah realitinya.
Sebab itu kita digalakkan berkongsi rezeki bersama haiwan-haiwan yang tidak mampu nak berbicara ini, kerana mereka juga layak diraikan. Sesungguhnya apabila kita ikhlas memberi, jiwa kita turut terisi, macam pakcik dalam video tadi.
#KongsiRezeki Bersama ProDiet
#KongsiRezeki Bersama ProDiet ni diadakan bermula daripada 18 April sehingga 17 Mei 2023 dan kempen ini mendapat kerjasama dengan PAWS yang mana setiap nilai yang dibelanjakan untuk membeli produk ProDiet akan disumbangkan kepada PAWS.
Ha, nak dekat raya ni, apa kata kita raikan keberkatan bulan Syawal ini dengan menyumbang dan pastikan haiwan-haiwan comel ini turut mendapat nutrisi yang mencukupi.
#KONGSIREZEKI Bersama ProDiet membolehkan orang ramai untuk membeli dan menderma produk ProDiet kepada PAWS dengan membuat pembelian sama ada ProDiet 1.5kg atau 8kg makanan kering di Shopee.
Cara Nak Beli dan dermakan ProDiet kepada PAWS :
Langkah 1: Lawati Kedai Rasmi ProDiet di Shopee.
Langkah 2: Beli sama ada ProDiet 1.5kg atau 8kg makanan kering.
Langkah 3: Menerima Kad Penghargaan daripada ProDiet dan PAWS.
Langkah 4: Klik “Pesanan Diterima” di Shopee
Langkah 5: Semua produk ProDiet (untuk derma) akan didermakan kepada PAWS pada akhir kempen.
Selain itu, kalau korang atau anak-anak teringin nak ada kucing, apa kata jangan beli tetapi adopt je. Sekarang ni ProDiet dengan kerjasama dengan pelbagai pusat perlindungan termasuk SPCA Selangor, SPCA Pulau Pinang, Pusat Perlindungan PAWS, Shelter of Abused & Abandoned, STAR, Second Chance Animal Society, SAFM, PIPH dan Cat Beach.
Paling menarik, selain dapat bawak balik ‘anak baru’, setiap kucing yang diadopsi dari pusat perlindungan ini akan menerima Kit Adopsi daripada ProDiet untuk membantu anda menyediakan kucing atau anak kucing pertama anda.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh dapatkan di Facebook Rasmi ProDiet atau boleh follow Instagram prodietmalaysia, atau laman web ProDiet.