in

Sedapnya suara” – [VIDEO] Pemuda Laungkan Azan Atas Foodtruck, Tempat Makan Di Drawbridge Terengganu Jadi Tarikan

Ft Azan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Foodtruck Jambatan Angkat Terengganu telah dibuka pada awal September tahun lepas yang menempatkan lebih 30 buah kendera saji disamping menyediakan pelbagai hidangan yang sedap dan murah serendah RM5.


Pada 9 Mei yang lepas, premis perniagaan tersebut diarahkan tutup selama seminggu kerana gagal patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Disebabkan itu, pelanggan yang datang ke situ semakin kurang.

“First time tengok”

Semalam, dalam perkongsian @rusydi35, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan suasana waktu maghrib di Foodtruck Drawbridge Terengganu. Cantiknya langit!

@rusydi35

Reply to @lysyrhh #fyp orii

♬ original sound – Ahmad Rusydi – Ahmad Rusydi

Kelihatan langit pada waktu maghrib di Jambatan Angkat Terengganu sangat cantik. Tapi apa yang lagi buat netizen nak tengok video itu adalah kelihatan seorang lelaki sedang melaungkan azan maghrib di atas kendera saji miliknya.

Menurut peniaga setempat, lelaki itu merupakan salah seorang daripada mereka yang meniaga di Foodtruck Jambatan Angkat Terengganu di situ.

Perbuatan lelaki itu telah disaksikan oleh peniaga-peniaga dan juga pelanggan yang berkunjung ke sana. Difahamkan, kendera saji yang berwarna hitam itu merupakan surau bergerak yang disediakan untuk pengunjung yang ingin menunaikan solat.

“Jadi ‘halwa telinga’ pengunjung”

Video pendek itu telah mendapat lebih daripada 50 ribu tontonan di Tiktok sehingga kini. Rata-rata netizen sangat kagum dengan lelaki tersebut. Mereka juga tidak melepaskan peluang memuji suara azan lelaki itu yang sedap didengar.

Antara komen netizen yang min tertarik untuk berkongsi:

Komen Azan

Disebabkan video ini telah viral di Tiktok, ramai netizen yang duduk berhampiran kawasan Jambatan Angkat Terengganu mahu datang ke situ semata-mata nak dengar azan daripada lelaki terbabit. Mereka juga sangat berbangga menjadi rakyat Terengganu.

Sebagai seorang yang lahir di terengganu, min pun turut bangga, hehe…

Baca: Selepas Langkawi Pulau Pangkor Pula Bakal Dibuka 1 Nov Bagi Yang Terima Vaksin Lengkap

Collage 24 E1631512081377

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.