“Sedap gila, sumpah!” – Kalau Suka ‘Indian Food’ Korang KENA Cuba Masak Ayam Ni

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ayam memang paling mudah dah masak dengan bermacam jenis resipi kan? Tapi kalau korang suka Indian food, korang kena cuba resipi admin jumpa dekat Facebook ni.

Nama resipi ni ayam varuval, dikongsi oleh Liyana Hasan dan merupakan resipi homemade dari  Puan Kalaivani (memang sedaplah kalau indian sendiri punya resipi kan!).

Admin tengok gambar daun kari banyak-banyak tu pun dah boleh imagine keharuman masakan tu. Yela, bau tumis daun kari sedap gilaaaaa kotttt! So, kalau korang nak cuba resipi baru untuk buka puasa atau sahur, meh sini admin kongsi bahan dan cara untuk masak ayam varuval ni.

Sumber: Facebook

 

Ayam Varuval

Nak masak ayam varuval ni, korang kena perap dulu ayam tu!

Bahan-bahan untuk perapan:

Setengah ekor ayam – dipotong sederhana

5 ulas bawang putih – tumbuk/kisar

2 inci halia – tumbuk/kisar

Serbuk kari – secukupnya

Serbuk kunyit – secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

 

Bahan-bahan masak:

2 sudu kecil jintan manis (kasar)

6-10 biji cili kering – gunting kasar

5 ulas bawang putih – hiris

1 inci halia – tumbuk atau hiris

2-3 labu bawang besar – hiris

1 biji tomato – potong dadu

3 tangkai daun kari (nak lebih pun boleh!)

3 sudu cili giling kisar (boleh juga kalau korang nak guna serbuk cili) – kepedasan ikut masing-masing. Nak pedas letak lebih!)

Garam dan gula secukup rasa

 

Cara memasak:

1. Perap ayam bersama bahan perapan selama 1 jam.

2. Goreng ayam yang dah diperap tu sampai masak (golden color) dan angkat.

3. Goreng jintan manis seketika. Angkat dan ketepikan.

4. Goreng dengan sedikit minyak bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga bawang keemasan & wangi. Angkat dan ketepikan.

Sumber: Facebook

5. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang merah, halia dan tomato sehingga bawang bertukar warna (layu).

6. Lepas tu masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Tambah garam dan gula. Pandai-pandai korang seimbangkan ikut citarasa.

Sumber: Facebook

7. Masukkan bahan-bahan yang digoreng (step 3 & 4) dan kacau.

8. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati dan kering. Tak perlu tambah air sebab masakan ini memang kering ya.

9. SIAP! Makan dengan nasi panas. Marvellous!

Sumber: Facebook

Admin nak cuba lah masak untuk buka puasa! Jom petik daun kari mak belakang rumah tu!

Baca:  3 Menu Viral Paling Simple Untuk Bulan Puasa. Sedap Sangat, Korang KENA Cuba!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!