Cuaca sekarang ni tak menentu. Kadang-kadang hujan lebat, kadang-kadang panas sangat. Bila panas tu memang kalau boleh nak duduk dalam air-cond je kan. Selain duduk dalam air-cond, berendam dalam kolam pun boleh menyejukkan badan gak.
Untuk korang yang consider untuk berendam dalam kolam, korang boleh cuba tambah ais dalam kolam. Jangan risau, tak perlu fikir nak buat ais, korang boleh order je. Nanti lori ais sampai depan rumah, lepas tu korang terus masukkan ais dalam kolam. Korang boleh buat macam @miraazlan03 buat di bawah ni.
@miraazlan03 Beli ais untuk pool ✅ #pool #fyppppppppppppppppppppppp #setiawan
Sedap berendam time panas
Fuhhh… min tengok pun rasa tercabar dan nak buat juga. Sedap betul kalau dapat macam ni bila cuaca tengah panas dekat luar kan. Berendam dalam ais mesti sejuk je kan.
Untuk korang yang nak tahu bajet berapa satu beg ais tu, ni haa ada yang kongsi. Tak mahal pun sebenarnya, RM4 je satu. Tapi mesti 1 beg tak cukup kan, baik beli lebih.
Mesti dekat luar tu panas betul kan. Itu yang nampak sorang tu terus berendam. Dengan air yang sejuk ni mesti rasa taknak keluar dari kolam kan.
Betul, min selalu tengok atlet-atlet akan berendam dalam ais lepas habis game. Sebenarnya mandi atau rendam dalam ais ni bagus untuk recovery otot kita. Mungkin korang yang aktif bersukan tu boleh try cara macam ni next time.
Baca: ”Jenuh nak turunkan” – Akibat Tersangkut Pada Pokok Kelapa, Lori Ini Tak Sengaja Buat ‘Wheelie’