in

“Sebenarnya saya dah setuju poligami” – Bekas Isteri ND Lala Nafi Desak Cerai, Dedah Cerita Sebenar

Bekas Isteri Nd Lala Setuju Poligami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, penyanyi veteran Datuk ND Lala tampil memberikan penjelasan mengenai isu perceraiannya dengan bekas isteri, Fauziah Sarman selepas sekian lama mendiamkan diri.


Dalam video penjelasan yang dimuat naik di laman Instagramnya, dia mendakwa bekas isterinya tidak bersetuju untuk poligami dan telah banyak kali mengugut beliau untuk bercerai.

Artikel berkaitan: ND Lala & Fauziah Sah Bercerai, Bakal Tuntut Hak Ikut Undang-undang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ndlalaofficial (@ndlalaofficial)


Terbaharu, ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah tampil menafikan dakwaan terbabit dengan menyatakan bahawa dia sebenarnya bersetuju untuk berpoligami tetapi ia tidak disampaikan terus kepada ND Lala, sebaliknya kepada rakan baiknya.

“Saya cakap saya dah reda sebab dah macam-macam cara saya buat untuk berjumpa dengannya, tetapi semuanya memang tak dilayan menerusi WhatsApp dan mesej pesanan ringkas.

“Saya dah sedar. Mungkin ini takdir saya dan sudah menerima untuk poligami. Mereka (rakan) menangis dengar kata-kata saya, tapi di pihak abang ND tak boleh terima,” katanya.

Kata Fauziah, dia sudah sedaya upaya untuk pulihkan keadaan kerana sayangkan keluarganya yang dibina namun ianya sia-sia.

Screenshot 2023 09 14 180444

ND Lala makin jauh

Ujarnya, ND Lala sendiri makin menjauhkan diri selain sudah setahun meninggalkannya serta tidak memberi nafkah.

Tambahnya, ramai rakan artis memberi nasihat dan itu membuatkannya terbuka hati untuk bermadu.

“Saya bersetuju wanita itu (Siti Munirah) dianggap ‘penyondol’ dalam rumah tangga saya. Bagi saya sesuai ayat itu digunakan. Tapi saya tak salahkan dia seorang kerana kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dua-dua sama perangai,” katanya.

Katanya lagi, dia kini sudah tabah dan pulih sekitar 90 peratus untuk berdepan kenyataan. Hanya terkilan dengan sikap ND yang langsung tidak mahu bertemu dan bercakap dengannya serta anak-anak.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.