in

Sebenarnya Ada Banyak Tempat Menarik Sekitar Pasar Seni Yang Korang Boleh Explore! Jom Baca!

Untitled Collage 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu kat Pasar Seni ni la lokasi tumpuan kalau kita nak tengok aktiviti street performance seperti busking. Boleh kata, pada era kegemilangannya dulu — ia adalah pusat segala aktiviti kesenian. Nak tengok jiwa-jiwa seni melukis atau baca puisi, sinilah tempatnya.

Ni otai-otai confirm tahulah. Lokasinya juga strategik, betul-betul di tengah ibu negara — jalan selangkah dah sampai Petaling Street. Jalan sikit lagi, boleh sampai Dataran Merdeka, Masjid India dan tau-tau je dah ada kat Jalan Tunku Abdul Rahman.


Pastu kalau rajin lagi nak menapak, pergi masuk Kompleks Campbell beli kaset (kalau masih dengar kaset la).

Nak lebih hardcore, pergi sampai ke area seberang jalan kat Masjid Negara tu — haaaa, lagi banyak benda korang boleh buat!

Sebenarnya ada banyak lokasi menarik di sekitar kawasan Pasar Seni tu, yang mungkin ada dalam kalangan kita belum pernah berkesempatan untuk explore lagi.

Haa, perkara ini ada dikongsikan seorang pengguna Twitter @farhanajafri. Meh baca kat mana spot menarik yang wajib korang pergi!

  • Luckin Kopi

Luckin1 1

Guys, kalau lepak dekat Pasar Seni tu singgah la Luckin Kopi dekat sebelah MRT Pasar Seni. Makanan dia sedap, service bagus, deco cantik. Nasi Lemak & Salted Egg Chicken dia recommended! Kopi & Teh Ais dia kawww habis. Super love.

 

  • Jalan Panggung

Jalanpanggung

Since dah ramai yang nak pergi, jangan lupa singgah Jalan Panggung dekat belah belakang Luckin Kopi. Diorang dah transform April lepas sampai jadi cantik & bersih. Lorong Kwai Chai Hong cantik & banyak mural kisah kehidupan kaum Cina.

Ada juga pejabat pos tertua dekat sini tapi dah tak beroperasi dah cuma banyak setem lama. Lorong Panggung ni free je nak jalan-jalan dekat sini. Buka dari jam 9 pagi sampai 6 petang.

 

  • Kedai Coklat Beryl’s

Kedaicoklat

Kedaicoklat2

Dekat lorong ni ada kedai coklat Beryl’s. Ada banyakkkkk coklat pelbagai perisa dekat sini. Cafe pun ada tapi I tak beli lah sebab nak pergi jalan-jalan tengok tempat je bukan nak borong coklat. Deco dalam kedai ni cantik so ramai lepak ambil gambar.

Ada jugak koleksi coklat Beryl’s dari pelbagai negara diorang letak dekat bahagian depan so you guys boleh rasa semua coklat dekat situ sebab lain negara lain rasa dia. Ada yang pahit sikit, ada yang manis sikit.

 

  • Lee Wah Florist

Leewah

Jalan depan sikit dalam 500m jumpa la Lee Wah Florist, bunga murah sejambak tu. Datang awal pagi dapat la tengok banyak jenis bunga. Kalau lepas lunch boleh jadi ros dengan baby breath dah habis sebab dua bunga ni paling laku keras.

 

  • Kuil & Tokong Tertua Di KL

Tokong 1

Dekat sini ada tokong tertua di KL, tokong Sin Size Si Ya yang dibina oleh Yap Ah Loy sebagai tanda terima kasih kepada dewa yang bantu dia masa Selangor Civil War. I tak masuk dalam just tengok dari luar but kat dalam macam cantikkk.

Kuil

Ada kuil tertua jugak dekat sini, kuil Sri Mahamariamman dibina tahun 1873 then renovate tahun 1968. Boleh masuk dalam tapi kena buka kasut & simpan dekat loker.

 

Selain semua tempat-tempat ni, sepanjang perjalanan korang pasti akan disajikan dengan mural-mural dinding berwarna-warni dan pelbagai art installation yang confirm akan bikin korang paksa kawan-kawan snap beratus gambar for Instagram purpose ye.

Mural1

Mural2

Mural3

Sebenarnya ada banyak lagi tapi kalau korang nak tahu, boleh baca thread @farhanajafri. Tapi semua lokasi yang dia share ni memang best dan tak rugi kalau korang lawat — dan korang hanya perlu jalan kaki je. Apa salahnya kan kita explore dan hayati keindahan bandar kita? Tak kenal maka tak cinta!

So, next weekend on tak on?

 

Baca: Selepas 21 Tahun Dihentikan, Operasi Bas Mini Kini ‘Dihidupkan’ Semula Di Ibu Kota

Capture 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.