in

Sebak Lap Darah Anak Setiap Minit…

Darah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syawal yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bertukar hiba apabila sepasang suami isteri dimaklumkan bahawa anak bongsu kesayangan terpaksa menghabiskan hayat di hospital.


Menurut mStar, Muhammad Adam Ziqri anak kepada Mohd Zaki dan Nurul Nisa ini terlantar tak bermaya di hospital dengan darah tak henti-henti mengalir keluar dari mulut dan telinganya.

2 5
sumber: facebook
5 2
sumber: facebook

“Biasanya Adam akan berdarah tanpa henti bila badan dia kurang platlet. Sekarang hampir setiap hari atau selang sehari dia kena tambah platlet, kalau tidak memang akan berdarah,” kata Nurul Nisa.

Menurut Zaki, Adam mungkin boleh kehilangan nyawa bila-bila masa sahaja tanpa bekalan darah. Suami isteri ini terpaksa menahan sebak setiap kali melihat bakul dipenuhi tisu yang digunakan untuk mengelap darah Adam.

1 3
sumber: facebook
3 2
sumber: facebook

“Doktor cakap anak saya tidak boleh keluar dan perlu hidup di hospital sampai akhir hayatnya,” kata Nurul Nisa.

“Dia memerlukan 200 sentimeter padu (CC) darah yang perlu dimasukkan setiap tiga hari dan sekarang dia bergantung dengan satu CC morfin seminit untuk setiap 24 jam.”

Adam terpaksa bergantung hidup dengan bekalan darah jenis O yang disumbangkan orang awam kepada pihak Hospital Muar. Oleh sebab itu, Nurul Nisa merayu supaya orang awam membantu mendermakan darah jenis O kepada anaknya.

34345884 1863122990394275 7882606980756406272 N
sumber: facebook
4 3
sumber: facebook

Selepas membuat posting tersebut, Nurul Nisa menyatakan rasa syukur kerana lebih dari 100 orang telah menghubunginya untuk membantu Adam. Terbaru, darah di telinga Adam katanya dah stop tapi jadi bengkak pulak dan kembali berdarah.

Sedihnya tengok keadaan adik Adam asyik keluar darah macam tu. Semoga dengan bantuan yang terima, adik Adam akan cepat-cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.

Baca: Anak Hilang Masa Sahur

Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.