Baru-baru ini, tular pula sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita menggoreng rokok milik teman lelakinya gara-gara lelaki itu sering merokok.
Video yang dimuat naik di akaun TikTok ivnasrg itu telah ditemani dengan kapsyen yang tertera “Masakkan sesuatu yang digemari oleh teman lelaki’.
Dalam video yang berdurasi selama 33 saat itu, dapat dilihat wanita Indonesia itu mengambil rokok dari sebuah beg yang dipercayai milik teman lelakinya.
@ivnasrg dia senang sekali bukan?
Dia kemudiannya mencelupkan rokok itu dalam adunan bercampur tepung sebelum menggoreng rokok itu.
Setelah ia siap digoreng, dia kemudiannya menghidangkan ‘rokok celup tepung’ itu di atas pinggan beserta sos pencicah.
Selepas itu, dia memberikan pinggan berisi rokok celup tepung itu kepada teman lelakinya yang sedang fokus melihat komputer riba.
Teman lelakinya juga dilihat sangat teruja untuk makan namun apabila digigit, rupanya bukan makanan tapi sebaliknya ialah rokok.
Video itu kemudiannya telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen negara seberang. Ada yang menyokong tindakan wanita itu dan ada juga yang mengatakan ia adalah sebuah pembaziran.
Ada juga lelaki yang berharap agar video tersebut tidak akan lalu di FYP TikTok isterinya sebab takut isteri mereka akan buat perkara yang sama pada rokok mereka.
Tahu pun takut.
Sumber: TikTok @ivnasrg
Baca: Wanita Goreng Haiwan Peliharaan Suami Gara-gara Pasangan Lebih Utamakan Ikan Hiasan