in

“Sebab ramai yang menipu”- Orang Ramai Digalakkan Membawa Bil Air, Elektirk Sewaktu Sekatan Jalan Raya

combine bil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan ramai individu yang menipu dan memberi macam-macam alasan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pihak polis mengesyorkan supaya orang ramai menunjukkan bil elektrik atau air sewaktu sekatan jalan raya.

letrikkkk

air

Inisiatif ini telah diambil bagi mengelakkan lebih ramai lagi individu yang memberi alasan ketika berdepan dengan pihak polis sepanjang sekatan jalan raya dilakukan.


Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata tiada undang-undang khusus namun terpulang pada budi bicara pegawai dan anggota polis yang bertugas. Pihak polis tidak menggunakan alamat Mykad kerana kebanyakannya orang ramai tidak menukar alamat tempat tinggal mereka, lapor Berita Harian.

bil

Kaedah pihak polis meminta orang ramai untuk menunjukkan bil sewaktu sekatan jalan raya adalah untuk memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan.

Inisiatif ini dilakukan kerana sebelum ini ada invidu yang cuba untuk menipu. Individu tersebut mendakwa yang dia tinggal di Damansara Perdana tapi alamat Mykad jelas tertera di Kajang.

Oleh itu, dengan arahan ini dapatlah membantu pihak yang bertugas mengesan individu yang mengingkar arahan PKP sewaktu sekatan jalan raya dilakukan.

Baca : “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk susahkan orang” – Wanita Maki Polis Masa Ops Covid-19

hoi

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.