in

Sebab Nak Buat Tuntutan Dengan MBSA, Mangsa Halang Bomba Alih Pokok Hempap Keretanya

Halang Bomba Alih Pokok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya, orang akan meminta bantuan badan penyelamat seperti bomba, APM ataupun pihak polis jika berlaku kecemasan.


Namun, lain pula ceritanya dengan seorang individu ini apabila dia bertindak menghalang anggota bomba daripada mengalihkan pokok tumbang yang menghempap kenderaannya.

Memetik sumber Sinar Harian, halangan itu dibuat oleh pemilik kenderaan jenis Kia Forte atas alasan mahu membuat tuntutan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Difahamkan, kejadian berlaku di Jalan Anggerik Mokara pada 8.15 malam tadi yang mengakibatkan sebuah kereta mengalami kerosakan apabila dihempap pokok, menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat.

31Hmpap1 1640949963
Gambar hiasan

“Pihak bomba cuba untuk membantu mangsa mengalihkan dahan pokok yang menghempap kenderaan miliknya.

“Namun begitu, usaha itu dihalang oleh pemilik kenderaan dengan alasan menunggu pihak MBSA hadir ke lokasi,” katanya.

Justeru, pihak bomba hanya mengalihkan dahan di sekitar kawasan tersebut sahaja. Sementara itu, tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam insiden pokok tumbang tersebut.

Berkongsi lanjut, Morni berkata kes berkenaan diserahkan kepada Skuad Pantas MBSA untuk tindakan selanjutnya.

Untuk info, mangsa pokok tumbang sememangnya boleh membuat tuntutan pampasan daripada pihak berkaitan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Lain betul cara pemilik kereta ni berfikir…

Baca: [VIDEO] Lain Daripada Yang Lain, ‘Rider’ Terkejut Tengok Sofa & Meja Jadi Dekorasi Luar Rumah
Ft Dekorasi Luar Rumah

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.