in

Scammer Berjaya Ditahan, Sempat Buat Keuntungan RM4.5 Juta Jual Tiket Konsert Coldplay Palsu

Ft Scalper Scammer Tiket Coldplay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular video vokalis Coldplay, Chris Martin terjebak dengan trend ‘pinjam seratus’ semasa membuat persembahan di Jakarta, Indonesia dan terbaharu, tular pula video di mana para peminat bertindak menyerbu masuk ke dalam Stadium Gelora Bung Karno bagi menyaksikan persembahan kumpulan berkenaan.


Menurut laporan portal tempatan, seorang wanita yang dikenali sebagai Ghisca Debora Aritonang didakwa telah melakukan penipuan dengan menjual tiket palsu bagi menyaksikan Coldplay di Jakarta dan mengaut keuntungan sehingga 15 miliar Rupiah (RM4.5 juta).

Selain itu, beberapa pengguna X juga tampil mendedahkan yang Ghisca menggunakan 100 tiket palsu tersebut secara bergilir dan ia telah membuat sebanyak 8,000 jualan tiket.

Cats 34

Ada juga pengguna yang mendakwa Ghisca tidak melakukan perkara itu secara berseorangan tetapi mengesyaki dia mempunyai ‘orang dalam’ yang merupakan pihak penganjur konsert tersebut.

Bukan Kali Pertama 

Menurut seorang lagi mangsa, ini bukanlah kali pertama Ghisca melakukan penipuan melibatkan tiket konsert kerana dia juga pernah ditipu ketika berurusan dengan gadis tersebut dalam urusan jual tiket konsert seperti Blackpink, Tulus dan lain-lain.

Menurut mangsa, modus operandi yang digunakan Ghisca adalah sama iaitu dia akan mengakui ada kenalan ‘orang dalam’ dan mempunyai tiket untuk dijual. Namun, sehingga hari kejadian, tiket tidak diterima selain ada juga yang mengatakan Ghisca juga akan menggunakan nama palsu yang lain iaitu Claudia.

Difahamkan, ada ura-ura yang pelaku serta bapanya sudahpun ditahan namun perkara tersebut masih belum dapat dipastikan. Menurut sumber, apa yang pasti, duit transaksi yang diterima daripada mangsa telahpun dipindahkan ke sebuah akaun di Belanda.

Walaupun kes ini berlaku di Indonesia, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membeli tiket daripada pihak yang tidak dikenali memandangkan konsert Coldplay akan berlangsung di Malaysia dan tiket di laman web rasmi habis terjual.

Sumber : TribunNews

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.