“Sayalah guru yang akan keluar masuk lokap setiap minggu…”- Warkah Hati Bekas Guru Disiplin Ini Buat Netizen Tersentuh

Sejak viral kisah berkenaan seorang guru yang merotan pelajar perempuan akibat tindakan biadap pelajar itu memanggilnya ‘pondan’ maka ramai pihak mengeluarkan pendapat masing-masing.

Ada yang mengecam tindakan guru terbabit malah ramai juga yang menyokong apa dilakukan guru tersebut.

Malah kes ini sehingga melibatkan pihak kementerian pendidikan.

Terpanggil dengan kes tersebut, seorang bekas guru disiplin atas nama Osman Marcom di facebook berkongsi luahan rasanya tentang kerjaya sebagai seorang guru.

 

Jika saya adalah guru disiplin di zaman ini, sayalah guru yang akan setiap minggu keluar masuk lokap dan turun naik mahkamah atau lebih buruk saya sudah merengkok di dalam penjara dan hilang pekerjaan…”

Jika saya adalah guru disiplin di zaman ini, sayalah guru yang akan setiap minggu keluar masuk lokap dan turun naik…

Posted by Osman Marcom on Tuesday, June 25, 2019

Jika saya adalah guru disiplin di zaman ini, sayalah guru yang akan setiap minggu keluar masuk lokap dan turun naik mahkamah atau lebih buruk saya sudah merengkok di dalam penjara dan hilang pekerjaan.

Alhamdulillah semua bekas anak murid saya yang pernah merasai air tangan [ROTAN] kini telah berjaya dan menjadi manusia berguna. Terima kasih para ibu bapa kerana tidak pernah mahu MENYAMAN saya walau pun pernah tindakan saya merotan menyebabkan kecederaan parah di punggung anak murid saya.

Bekas pelajar SMK Pandan Indah mungkin masih ingat saya dicabar oleh seorang pelajar yang ponteng majlis yassin pada pagi Jumaat untuk menangkap dan mengejarnya tiga pusingan keliling bangunan sekolah. Hampir saja cikgu yang meninggal dunia.

Terima kasih semua anak murid cikgu yang tidak pernah lupa pada cikgu. Anda semua adalah warna warni kehidupan cikgu. Kenakalan adalah kebijaksanaan. 😊♥ Daripada guru kerdil.

Ishak Abdullah

Prof Madya Dr Tajulas Aripin

Kata-katanya cukup puitis dengan bait-bait ayat yang disusun jelas menggambarkan amanah dan tanggungjawab digalas sebaiknya bagi mendidik anak-anak bangsa.

Osman yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Akademik di Sekolah Henry Gurney Teluk Mas, Melaka turut berkongsi pengalamannya ‘mengajar’ pelajar-pelajarnya pada suatu ketika yang ada ketikanya berkesempatan merasai ‘hadiah’ istimewa darinya iaitu ‘ROTAN’, tujuannya hanya satu supaya mereka menjadi orang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Malah perkongsiannya itu nyata ‘menemukan’ semula dia dengan bekas pelajar-pelajarnya. Mereka tidak segan silu berkongsi pengalaman dan kenangan manis dengan ‘guru’ ini.

 

“Saya pun prnah kena rotan dengan cikgu..alhamdulillah saya xprnah amek hati, sbb cikgu merotan adalah utk mendidik kami.”

Sumber : Facebook

 

Memang hukuman itu menyakitkan, tapi percayalah akan ‘hikmah’ dan pengajaran yang tersirat disebalik hukuman tersebut. Terima kasih cikgu atas segala susah payah mendidik kami supaya menjadi insan yang berguna.

Baca : Guru tak patut rotan pelajar perempuan-Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching

 

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.