in

“Saya tidak akan sesekali minta sedekah” – Netizen Tersentuh Dengan Nasib Lelaki Mahu Jadi Pengarah Ini

Lelaki F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mempunyai impian serta cita-cita yang besar. Begitu juga lelaki ini yang secara rawak bertanyakan kepada kru di set penggambaran jika dia boleh diberi peluang untuk terlibat.



Perkongsian seorang lelaki di Facebook baru-baru ini mendapat perhatian netizen kerana bersimpati dengan nasib lelaki berbangsa India itu.

Menurut Shuhaimi Zulkefli, dia sedang berehat untuk makan tengahari ketika penggambaran sebuah drama berlangsung di Chow Kit sebelum tiba-tiba ditegur seorang remaja lelaki berusia 24 tahun.

Lelaki 2
sumber: facebook

Lelaki itu dikatakan mendekatinya dalam keadaan menggigil dan sambil menekap perutnya.

“Abang director kan, ada kerja kosong tak? Saya nak kerja…”

Lelaki 1
sumber: facebook

Apabila ditanya pekerjaan apa yang boleh dilakukannya, lelaki itu menjawab,

Berjalan1
sumber: facebook

Lebih menyentuh hatinya, lelaki bernama Shatish itu tidak makan apa-apa sejak 3 hari yang lalu. Shuhami kemudian mengajaknya berborak sambil makan. Shatish yang pada mulanya menolak akhirnya akur dek kerana terlalu lapar.

Berjalan2
sumber: facebook

Menurut Shatish, jiwanya begitu kuat mahu menjadi pembikin filem. Sehinggakan dia sanggup berjalan kaki seorang diri sejauh 20 kilometer ke bandar Kuala Lumpur untuk mencari penggambaran yang sedang berlangsung.

Lelaki 3
sumber: facebook

Berjalan3

Berjalan4
sumber: facebook

“Abang, aku rela mati kalah, daripada hidup kalah..”

Berjalan5
sumber: facebook

Shuhaimi mengakhiri perkongsiannya dengan menyeru kepada mereka yang bekerja di dalam industri seni untuk memberikannya pekerjaan jika ada kerja kosong produksi.

Bersama entri itu, dia turut berkongsi filem pendek karya dan arahan Shatish.

Netizen yang membaca entri itu rata-rata mendoakan supaya impian Shatish menjadi kenyataan selain turut berharap ada pihak produksi yang tampil mengambilnya bekerja.

Doa 1 1

Doa 2

Doa 3
sumber: facebook

Semoga impian Shatish menjadi pengarah suatu hari nanti tercapai.

Lelaki 4
sumber: facebook

Baca: “Ingatkan minum air, rupa-rupanya budak itu makan maggi dalam….”

Maggi Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.