in

“Saya tidak ada kena mengena” – Datuk Rosyam Berang Gambar ‘Dipergunakan’, Konon Terlibat Skim Pelaburan

Rosyam Noor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor menegaskan dirinya tidak ada kena-mengena dengan mana-mana skim pelaburan saham selepas mendapati gambarnya telah dipergunakan oleh banyak pihak yang menawarkan pelaburan berkenaan.


Perkara tersebut diberitahu oleh Datuk Rosyam melalui video pendek yang dimuatnaik ke Instagramnya baru-baru ini.

“Saya nak bagi tahu, ada banyak sangat iklan saham yang gunakan gambar saya”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Tambahnya lagi, terdapat ramai pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya tanpa kebenaran untuk mempromosikan skim pelaburan walhal dia tidak terlibat langsung dan tidak ada kena mengena dengan pelaburan yang dimaksudkan.

Datuk Rosyam dalam masa yang sama meminta orang awam agar tidak mudah terpengaruh dan mengatakan pelaburan yang menggunakan gambarnya itu adalah penipuan.

553

Menurutnya lagi, mana-mana pihak boleh gunakan gambar miliknya tanpa kebenaran, jadi dia meminta orang awam supaya berhati-hati lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang mana terdapat pihak yang akan mengambil kesempatan.

Pun begitu, perkara yang didedahkan oleh Royam Nor ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana sebelum ini, ada juga beberapa orang selebriti pernah mendedahkan gambar mereka dipergunakan untuk tujuan mempromosikan produk dan juga saham.

Antaranya Datuk Awie, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozita Che Wan, Ella, Erra Fazira dan ramai lagi.

Baca : Terpengaruh Dengan Pulangan Lumayan, Pegawai Bank Kena ‘Scam’ RM100,000

Pegawai Bank Kena Scam

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.