Baru-baru ini, kecoh mengenai masalah rumah tangga pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli dengan isterinya, Sharon Paul yang dikatakan sedang bergolak. Menurut Harian Metro, Sharon mengatakan bahawa dia dan suami sudah tidak sehaluan sejak beberapa tahun lalu.
Terbaru, ibu kepada Rusdi Ramli, Norlia Ghani mengakui dia tidak tahu berkenaan masalah rumah tangga anaknya dengan menantu. Pelakon veteran itu berkata dia mengetahui sendiri tentang hal itu menerusi akaun TikTok.
Saya terkejut bila dapat tahu masalah rumah tangga Rusdi dan Sharon dari akaun TikTok kerana dia (Rusdi) tidak pernah berkongsi hal rumah tangganya dengan saya dari dulu.
Norlia menyifatkan anaknya seorang yang menjaga privasi kerana dari dahulu lagi Rusdi tidak gemar berkongsi hal rumah tangga dan lebih suka menyelesaikan semuanya sendiri kerana bimbang ibunya risau.
Rusdi memang jenis yang tidak suka kongsi hal rumah tangganya dan dia lebih suka selesaikan semuanya sendiri kerana dia tidak mahu saya berasa risau.
Selain itu, Norlia hanya mengetahui tentang masalah perbelanjaan rumah tangga anaknya kerana Sharon pernah mengadu kepadanya tentang Rusdi yang sudah lama tiada tawaran bekerja.
Cuma Sharon yang pernah mengadu dengan saya, Rusdi sudah lama tiada job sebelum ini dan saya tahu ia berkaitan dengan masalah wang ringgit dan perbelanjaan dalam rumah tangga.
Artikel berkaitan: Kecoh! Melly Goeslaw Tiba-tiba Dituduh Jadi Penyondol Rumah Tangga Orang 15 Tahun Dulu
Artikel bekaitan: Rumah Tangga Didakwa Sedang Bergolak, Alif Teega Jawab Persoalan Netizen
Sebagai seorang ibu, Norlia berharap agar anak dan menantunya dapat menyelesaikan masalah yang berlaku demi masa depan anak-anak mereka. Namun begitu, dia masih berpegang kepada ketentuan Allah sekiranya jodoh Rusdi dan Sharon tidak panjang.
Kita kena reda jika jodoh mereka sampai setakat itu sahaja.
Mengimbas kembali ujian keretakan rumah tangganya dahulu, Norlia berkata anak-anaknya menjadi mangsa dan perlu putuskan untuk tinggal bersama emak atau bapa. Oleh itu, dia berharap agar mereka berdua jadikan anak-anak sebagai keutamaan sebelum membuat apa-apa keputusan.
Terdahulu, komposer, Sharon Paul mendedahkan kepada umum tentang masalah rumah tangganya kepada umum. Dia juga menunggu green light dan bersedia untuk menjalani kehidupan solo. Mereka yang dulunya berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata, Reo Ridza dan Ryan Ridza.
Sumber: Harian Metro