in

“Saya tak tahu saya diburu” – Alvin Goh Jelaskan Mengapa Dia Lari Dan Lompat Pagar SPRM

Cc 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kes Macau Scam yang berlarutan sejak beberapa minggu ini, semalam dilaporkan suspek utama Alvin Goh telah diberkas selepas tindakannya melarikan diri dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terbaru, Alvin melalui satu rakaman video menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan jenayah seperti yang disyaki terhadapnya.


Penafian itu dibuat menerusi satu video berdurasi 8 minit 39 saat yang dipercayai dimuat naik rakannya selepas penahanan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah apartmen di Pahang, pada Selasa.

C 22

 

Tidak pernah menerima sebarang gelaran Datuk Seri

Pada awal video tersebut, dia menjelaskan yang dia tidak pernah terlibat dengan jenayah tersebut. Malah dia juga tidak pernah diberikan gelaran Datuk Seri seperti yang didakwa.

“Saya tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri dan tidak pernah menggunakan gelaran tersebut dalam mana-mana urusniaga pernigaan. Saya hanya mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah Bukit Bintang.”

“Namun, saya tidak pernah terlibat dengan sindiket Macau Scam atau perjudian dalam talian,”

Dia juga menjelaskan perkembangan perniagaannya di Malaysia termasuk membantu menyalurkan sumbangan kepada masyarakat semasa pandemik Covid-19.

C2 13

 

Buntu lepas dapat berita akan ditahan pihak polis

Alvin dalam video tersebut memberitahu dia secara sukarela telah pergi ke pejabat SPRM, Putrajaya pada 2 Oktober untuk membantu siasatan.

Namun selepas 10 hari tahanan, dia dibebaskan tetapi mendapat berita yang dia akan ditahan oleh pihak polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Saya tahu apabila dituduh di bawah akta itu, ia satu perkara yang serius.”

“Selepas 10 hari direman di SPRM, saya letih dan tidak dapat berfikir dengan baik. Selepas saya dilepaskan, saya keluar melalui pintu belakang bangunan SPRM, dan beberapa hari selepas itu baru saya tahu melalui media yang saya diburu,”

C1 1 5

Berhubung isu menggunakan artis, Alvin menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dengan mana-mana selebriti. Tambahnya, kereta mewah yang disita sebelum juga ini bukan miliknya.

Walau bagaimanapun, dia berharap agar keadilan berpihak padanya dan dia memohon supaya orang ramai yang mengenalinya turut serta membantu membersihkan semula reputasinya yang telah tercalar.

 

Baca: Kes Sindiket Gubah Wang Haram: Alvin Goh Akhirnya Ditahan, Ditemui Sembunyi Di Pusat Peranginan

C3 8

Sumber: You Tube
Sumber: The Vocket

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.