in

“Saya tak suka orang cakap begitu” – Puteri Sarah Tak Fikir Soal Jodoh, Pilih Fokus Anak & Kerjaya

sarah 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Puteri Sarah Liyana pernah terpalit dengan isu dirinya sedang bercinta dengan rakan perniagaan Andi Arsyil. Disebabkan itu, pelbagai fitnah dibuat oleh sesetengah pihak sehinggakan netizen mula berspekulasi tentang pelakon itu akan berkahwin dengan Andi.

Menurut Harian Metro yang menghubungi Sarah, dia mengakui berasa tidak selesa kerana namanya dipetik oleh seorang individu yang mengatakan dirinya bakal berkahwin.


sarah 1

Puteri Sarah dan Andi Arsyil hanya rakan perniagaan

Menjawab persoalan ramai, Puteri Sarah berkata dia dan Andi Arsyil hanyalah rakan perniagaan untuk produk penjagaan kulit. Tuduhannya bercinta dengan Andi adalah fitnah semata-mata.

Saya sendiri pun tak tahu (mengenai perkahwinan). Saya tak suka bila ada orang yang keluarkan kenyataan sebegitu kerana ia boleh mendatangkan fitnah.

Kami hanyalah rakan dalam perniagaan produk penjagaan kulit. Saya tak suka orang memandai-mandai cakap begitu sebab saya sendiri pun terkejut.

Artikel berkaitan: “Maafin mereka” – Terkesan Dengan Komen Netizen, Puteri Sarah Menangis Di Bahu Andi Arsyil

Artikel berkaitan: “Setiap hari saya masak” – Puteri Sarah Akui Suka Tunjuk Rajin Memasak Masa Awal Kahwin

Tambah Puteri Sarah, rakan-rakannya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai status dirinya dengan Andi tetapi ada pula individu lain yang membuat fitnah.

Kawan-kawan saya pun tak pernah cakap atau keluarkan kenyataan begitu. Tiba-tiba, seseorang itu memandai-mandai keluarkan kenyataan begitu.

Untuk seseorang keluarkan kenyataan begitu bagi pihak saya, saya rasa tak sedaplah sebab benda ini akan mendatangkan fitnah. 

Dia dan Andi juga bersiaran langsung di TikTok untuk menjual produk mereka dan tiada apa yang lebih daripada itu.

Saya buat siaran langsung pun, sebab saya jual barang di TikTok. Tapi, itu bukan alasan untuk kamu nak buat lawak dan keluarkan kenyataan mengatakan saya nak kahwinlah atau apa.

Belum fikir soal jodoh, nak fokus anak dan kerjaya

Pihak Harian Metro ada bertanya kepada Puteri Sarah mengenai jodoh, bekas isteri Syamsul Yusof itu berkata, dia belum memikirkan lagi soal itu buat masa sekarang.

Bukan sekarang. Belum lagi masanya. Sekarang, saya nak fokus kepada anak-anak dan perniagaan. Insya-Allah akan mulakan penggambaran semula pada akhir bulan ini.

Ketika dihubungi, Puteri Sarah memberitahu dirinya baru selesai penggambaran beberapa drama dan teater. Dia juga akan menumpukan 100% perhatian kepada perniagannya.

Tuan badan pun dah bersuara, harap takdelah orang nak buat spekulasi lepas ni.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.