in

“Saya tak pernah endorse mana-mana produk” – Dr. Amalina Kesal Ada Pihak ‘Jual’ Nama Beliau Untuk Lariskan Suplemen Diabetis

Aa 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejayaan Dr. Amalina sehingga ke hari ini tidak dapat disangkal lagi. Banyak anugerah dan pengiktirafan yang telah beliau miliki sejak bergelar doktor pakar di United Kingdom.


Dengan kejayaan tersebut tidak mustahil ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan nama beliau dalam memasarkan produk-produk kesihatan.

Sebelum ini, Dr. Amalina memang tidak asing lagi dalam menyuarakan pendapatnya apabila ada isu berkaitan kesihatan yang tular di media sosial lebih-lebih lagi isu kesihatan di Malaysia.

A3 1 3

Kali ini, beliau sendiri terpalit dengan isu salah guna nama dan gambar beliau untuk melariskan suplemen kesihatan.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, beliau telah menerima mesej daripada pengikutnya yang mendakwa nama beliau telah digunakan bagi iklan suplemen diabetis.

Pengikutnya itu menyatakan dia mendapat sumber iklan tersebut melalui Whatsapp ibunya yang menghidap penyakit diabetis.

Lantas, Dr. Amalina bertindak untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia tidak pernah menjadi duta bagi mana-mana produk kesihatan dan mengarahkan penjual yang dikenali sebagai ‘Miera’ untuk menghentikan penggunaan gambar beliau dalam sebarang iklan.

Pada masa yang sama, beliau menasihati pesakit diabetis untuk mendapatkan nasihat doktor dan jangan mudah terpedaya dengan suplemen di pasaran.

“Jangan berubat sendiri dan jangan percaya dengan janji manis penjual. Dapatkan nasihat doktor. Terima kasih!”

 

Buat laporan polis – Netizen

Dalam posting yang sama, netizen menyuarakan agar Dr. Amalina untuk membuat laporan polis supaya nama beliau tidak lagi ‘dijual’ sewenang-wenangnya dan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

A 1 A1 A2

 

Baca: “Saya setuju” – Dr Amalina Sokong Cadangan Penasihat PM Untuk ‘Ban’ Semua Iklan Produk Putihkan Kulit

A5 1

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.