Dulu kita selalu dengar suara merdu beliau di radio menerusi lagu Be Mine, tapi sekarang Tasha Manshahar lebih dikenali sebagai seorang pendidik yang sangat dekat di hati anak-anak muridnya.
Baru-baru ni, tular sebuah video yang sangat menyentuh hati di TikTok apabila Tasha berkongsi momen beliau memujuk seorang anak murid yang sedang mengalami krisis keyakinan diri atau insecure.
Menerusi video tersebut, murid perempuan itu meluahkan rasa rendah diri yang sangat mendalam. Dia merasakan dirinya tidak layak mempunyai kawan hanya disebabkan dia rasa dirinya tidak pandai. Lebih menyedihkan, si kecil itu turut merasa rendah diri dengan fizikalnya sendiri.
Artikel berkaitan: “Najwa Latif sekali!” – Ainan Tasneem Bagi ‘Hint’ Nak Buat Konsert ‘Ladies Only’; Dengan Tasha Manshahar
Artikel berkaitan: Berjaya Selamatkan Rakan Yang Hampir Lemas, Murid 12 Tahun Guna Ilmu PBSM
@iamtashamanshahar Asalnya I saja-saja record video sendiri tengah tanda buku sambil tunggu murid-murid siapkan tugasan. Tiba-tiba ada murid datang mengadu yang this girl cakap dia tak layak ada kawan. Kita pulak taktahu boleh dengar benda macam ni. So terakamlah conversation ni. Hopefully ada kebaikan daripada perkongsian ni. Jangan taktahu, bukan adults je ada rasa insecure. Kids nowadays are already developing insecurities at such a young age because of many factors. Ini biasa je sebenarnya. Tanyalah mana-mana cikgu, we’ve seen worse than this. Some lessons aren’t from books. Sometimes it’s just reminding a child that they are capable and loved. #teacherslife
Sebagai seorang guru yang berpengalaman, Tasha tidak membiarkan kata-kata negatif itu terus bersarang dalam fikiran anak muridnya. Beliau dengan lembut menjelaskan bahawa setiap manusia diciptakan Allah dengan sempurna.
Mengulas mengenai isu tersebut, beliau menegaskan bahawa tiada istilah tidak pandai dalam kamus hidupnya, sebaliknya menyifatkan individu tersebut hanya ‘belum pandai’ dan perlu terus menimba ilmu.
Tasha turut berseloroh mengenai kualiti vokalnya dengan mendedahkan bahawa suaranya juga pernah kedengaran serak sebelum bergelar penyanyi profesional. Bagi memberikan sokongan moral, beliau secara terbuka menawarkan diri untuk menjadi rakan baik atau ‘bestie’ kepada murid berkenaan.
Sumber: TikTok
