in

“Saya tak dapat bayaran langsung” – Mike Tyson Tuduh Drama Curi Kisah Hidupnya

Mike Tyson Tak Dibayar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja nama Mike Tyson, pastinya ramai yang mengenali peninju lagenda penuh kontroversi yang berasal dari Amerika Syarikat ini yang memulakan kariernya sebagai peninju sejak tahun 1985 sehinggalah 2005.


Terbaharu, peninju berusia 56 tahun tersebut telah mendakwa sebuah drama siri televisyen yang bakal ditayangkan penghujung Ogos di sebuah platform penstriman nanti telah ‘mencuri’ kisah hidupnya .

Menerusi posting yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, peninju berkenaan mendedahkan bahawa syarikat penstriman tersebut turut cuba membayar sejumlah wang kepada Dana White, Presiden Kejohanan Ultimate Fighting Championship (UFC) untuk mempromosikan siri drama berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mike Tyson (@miketyson)

Namun, menurut Tyson, atas dasar persahabatan, presiden UFC tersebut telah menolak untuk bekerjasama dengan syarikan penstriman terbabit.

Menurut Awani, siri drama bertajuk Mike tersebut akan ditayangkan dalam salah satu slot ‘waktu perdana’ oleh syarikat penstriman terbabit. Ianya berbentuk drama bersiri yang difahamkan melakonkan semuma babak-babak atau detik penting sepanjang hidup peninju lagenda tersebut.

“Mereka mencuri cerita hidup saya tetapi langsung tidak membayar saya apa-apa” – Mike Tyson

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mike Tyson (@miketyson)

Tyson juga difahamkan tidak menyokong perbuatan syarikat tersebut dan pastinya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku selain menyifatkan ketua eksekutif syarikat berkenaan menganggapnya sebagai ‘barangan’ yang boleh dijual beli di acara lelongan.

Difahamkan, drama itu menggambarkan bagaimana Tyson dibuli sesama kecil dan sering dimasukkan ke dalam penjara ketika usia remaja selepas menyertai kumpulan jalanan Brooklyn selain ianya turut menceritakan zaman permulaan dalam sukan tinju.

Pun begitu, penerbit dan penulis skrip Stephen Rogers baru-baru ini berkata bahawa dia tidak menulis drama tersebut berdasarkan satu sumber sahaja kerana dia telah melakukan penyelidikan serta mendapatkan pendapat yang berbeza-beza dalam menghasilkan karya berkenaan.

Baca : Mike Tyson Tumbangkan 5 ‘Sparring’ Dalam Masa Sejam, Sebab Nak Balik Rumah Tengok Tom & Jerry

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.