in

“Saya tak berniat nak bunuh dia” – Lelaki Hentak Kepala Kekasih 5 Kali Guna ’Dumbbells” Hingga Otak Bersepai Kerana Cemburu

Feat 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu memang sanggup membanting tulang demi kesenangan anak-anak. Begitu juga dengan wanita ini, dia buat keputusan untuk kerja di pub untuk beri masa depan terbaik untuk anak-anaknya.


Namun, bukan saja ibu ini tak dapat beri kesenangan yang diimpikan, malah dia tak sempat melihat anak-anaknya membesar hanya kerana sifat cemburu teman lelakinya ini.

Menurut Mirror, kisah tragis ini berlaku pada tahun 2018. Ketika itu ibu muda, Katie (29), teman lelakinya Shane, bayi mereka yang berusia 11 bulan dan anak lelaki dari hubungannya yang lalu berusia 6 tahun tinggal bersama-sama di sebuah rumah di Melbourne, Australia.

2 Tson Left Now 29 Killed His Partner Katherine Haley Right 29

Katie dan Shane telah menjalinkan hubungan selama empat tahun. Orang luar menggambarkan mereka sebagai pasangan yang sangat bahagia dan gemar bersendirian.

Katie sering dikenali dengan senyumannya yang ceria dan personalitinya yang gemar mengutamakan orang lain sebelum dirinya sendiri.

Kerana itu, Katie membuat keputusan untuk bekerja di sebuah pub berhampiran dengan rumahnya untuk mendapat wang lebih. Tapi keputusannya ini telah menyebabkan Shane berubah. Shane memang sangat possesif dengan teman wanitanya dan ia tak pernah menjadi masalah sebelum ini kerana Katie hanya duduk di rumah bersama anak-anak.

Keputusan Katie untuk bekerja telah membuat Shane tak dapat menahan rasa cemburu. Ini disebabkan bar tempat Katie bekerja sibuk dan penuh dengan lelaki.

Cemburu keterlaluan

1 Katie Shane

Selepas Katie mula bekerja, wanita ini membuat ramai kawan dan keyakinan dirinya juga semakin meningkat.

Ini membuatkan Shane mula memerhatikan Katie di tempat kerja kerana paranoid teman wanitanya ‘menggatal’ dengan pelanggan lain atau rapat dengan pekerja lelaki.

Apabila tak dapat bukti yang dia perlukan, Shane mula buat akaun palsu di media sosial supaya dia boleh siasat rakan-rakan wanita ini tentang apa yang Katie lakukan di belakangnya dan dengan siapa wanita ini bercakap.

Sifat cemburu Shane jadi semakin tak terkawal hingga dia menyuruh Katie untuk padam akaun media sosial dan tak benarkan teman wanitanya ini untuk bercakap dengan mana-mana lelaki.

Ketika Katie bekerja, dia akan mendapat mesej yang tak putus-putus dari Shane. Katie tak pernah curang tapi perangai Shane buat dia mula mempersoalkan hubungan mereka.

Jiran-jiran juga mula menyedari perubahan pasangan ini. Dari pasangan yang gemar bersendiri, mereka mula sering bergaduh dan menjerit.

Katie sedar hubungannya ini tak sihat dan dia beritahu kawan-kawanya yang dia mahu tinggalkan Shane.

Namun lain pula bagi Shane, dia yakin akan bersama Katie selama-lamanya. Dia mempunyai tatu huruf ‘K’ di belakang telinganya. Tatu itu melambangkan cinta mereka yang kekal.

Hari pembunuhan

0 Ren Pictured And The Couple Were Renting Their Home Together

Pada 9 Mac 2018, ketika Katie di tempat kerja, Shane telefon dan mesej Katie sepanjang masa. Dia tahu dia bakal kehilangan kekasihnya itu.

Sebelum pulang ke rumah, pasangan ini pergi makan malam sebelum tidurkan bayi mereka.

Shane kemudian menghantar gambar ultrasound bayi mereka kepada Katie dengan tulisan:

Jangan give up, kita lalui macam-macam dugaan bukan untuk sia-sia.”

Mesej ini membuatkan pasangan ini bertengkar dan Katie mengatakan dia dah tak sanggup nak teruskan hubungan ini.

Shane menelefon ibunya untuk memberitahu Katie ingin meninggalkannya. Ibunya memberi amaran kepada Shane untuk tak lakukan perkara yang bukan-bukan.

Namun, pada peringkat ini, Shane dah terdesak. Ketika Katie sedang baring di atas katil, Shane mengangkat besi angkat berat sepanjang 40 cm dan menghentak kepala Katie dengan ganas sebanyak lima kali di muka dan kepala.

Hentakan itu membunuh Katie.

Shane kemudian menelefon ibunya dan menceritakan apa yang berlaku sambil menangis.

“Saya dah lakukannya. Saya pukul kepalanya. Otak bersepai merata-rata tempat. Saya tak berniat nak bunuh dia.”

Shane kemudian meninggalkan mayat Katie dan pergi ke rumah ibunya untuk tinggalkan anak mereka di situ sebelum melarikan diri.

Rumah berdarah

0 F Their Diggers Rest Home Pictured After Finding Haleys Body

Tak lama kemudian, pihak polis tiba di rumah pasangan ini kira-kira pada pukul 11 malam dan menemui mayat Katie dengan kecederaan parah di kepala.

Pihak polis terpaksa membuat pengecaman mayat menggunakan rekod gigi kerana muka wanita malang ini hancur teruk akibat dihentak dengan besi.

Keesokan harinya, pihak polis berjaya menangkap Shane yang bersembunyi di kandang kuda.

Keluarga Katie tak dapat menerima hakikat yang anak kesayangannya mati di tangan lelaki yang mereka kenal dan percaya.

“Malam semalam, bukan saja kami kehilangan anak perempuan kesayangan kami tapi dua anak-anak yang tak berdosa turut kehilangan seorang ibu.”

Mengaku bersalah

Pada Julai 2018, Shane mengaku bersalah membunuh Katie dan Mac lepas, dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun.

Keluarga Katie memakai baju berwarna merah sebagai tanda sokongan mengakhiri keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Pasukan bedah siasat tak dapat mengetahui dengan tepat berapa kali Katie dihentak tapi mereka jangkakan Shane hentak besi tersebut sekurang-kurangnya tiga kali di muka dan dua di kepala.

Melampau betul tindakan lelaki ni. Cemburu melampau sangat. Entah-entah dia yang curang sebab tu insecure terlebih.

 

Baca: Cemburu Punya Pasal…

Screenshot 2019 04 19 At 3.06.47 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.