in

Cemburu Punya Pasal….

Page Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Takutnya dapat isteri possesive macam ni!

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang suami kena serang baru-baru ni dan alat sulitnya digunting semata-mata kerana isterinya terlalu cemburu! Erk!


Difahamkan pada Sabtu jam 7.30 pagi, si suami bernama Li yang tinggal di Bandar Jiangxi, China sedang menggosok gigi di dalam bilik air tanpa memakai pakaian. Tengah syok gosok gigi tu, tiba-tiba isterinya masuk ke bilik air sambil memegang gunting dan memotong alat sulit suaminya! 

J5
sumber: wob

Nasib baik walaupun dalam ketakutan dan kesakitan, Li masih boleh berfikir dan bertindak pantas dengan memegang bahagian itu untuk menghentikan pendarahan yang banyak. Bukan takat tu je, Li bergegas sendiri ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Rupa-rupanya, isterinya naik hantu sebab sejak Li dapat kerja di tempat baru, dia sentiasa curiga dan cuba mengawal suaminya tu. Alamak teruknya jeles….

R4
sumber: wob

Selain tu, isteri mangsa turut menyuruh suaminya supaya tak berhubung dengan perempuan lain dan tidak membenarkan Li untuk bercakap dengan mereka, menjawab sebarang panggilan dan senyum dekat perempuan lain pun tak boleh!

So kiranya disebabkan isu ni, pasangan ni seringkali berbalah sehinggakan akhirnya isteri Li sanggup bertindak memotong kemaluan suaminya tu.

Walaupun alat sulitnya berjaya disambungkan, doktor menasihatkan Li supaya berjaga-jaga sepanjang proses rawatan berkenaan kerana ereksi boleh merosakkan urat darah yang telah disambung semula.

Ttt
sumber: wob

Tapi malangnya, doktor memberitahu alat sulit Li tidak akan sembuh sepenuhnya kerana keupayaan seksualnya akan terganggu. Kini polis sedang menyiasat kes ini.

Oi, dahsyatnya dia punya cemburu tu.

Baca: Lelaki Suruh Adiknya Curah Asid ke Muka Bekas Kekasih Kerana Terlampau Cemburu

Asid Bahaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.