in

“Saya tak baca cerita netizen” – Didakwa Curang Dengan ‘Influencer’, Ini Jawapan Harith Iskander

syaz ft 2024 07 31T150046.454

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, pelawak serta pelakon Harith Iskander sudah bercerai dengan isterinya, Dr. Jezamine Lim.

Terdapat khabar angin yang mengatakan pelakon filem Cuci itu mempunyai hubungan dan berlaku curang terhadap bekas isterinya dengan seorang pempengaruh.


Artikel berkaitan: “Kami berusaha selamatkan rumah tangga ini” –  Harith Iskander & Bekas Isteri Masih Kekalkan Hubungan Baik

Artikel berkaitan: Isteri Harith Iskander Failkan Cerai Sebulan Lalu

Menurut laporan Kosmo, Harith berkata berita mengenai spekulasi hubungannya dengan model dan pempengaruh media sosial, Nadira Isaac itu hanya diketahui selepas dimaklumkan bekas isteri.

Dia juga berkata khabar angin itu hanya satu usaha pihak tertentu untuk menarik perhatian yang sengaja diada-adakan.

“Bagi saya perkara ini hanya ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan perhatian.

Perkara ini sudah biasa, kadangkala akan panas sekejap kemudian itu akan perlahan-lahan diam,” katanya.

WhatsApp Image 2024 07 31 at 13.42.15 e5db143e

Dalam pada itu, Jezamine mengakui dia mengenali pempengaruh itu namun tidak rapat, malah dia dan Harith menganggap khabar angin itu sebagai bahan jenaka.

“Dia kenalan saya. Saya rasa pelik sangat dengan cerita ini dan saya yang memberitahu kepada Harith.

Apabila perkara ini berlaku, ada banyak pihak yang ingin perhatian. Jadi saya harap selepas ini kita tahu siapa yang kawan yang betul-betul.

Pada saya itu hanya gurauan. Kadangkala netizen mudah salah faham dan itu hanya spekulasi dan jangan ambil serius,” katanya.

Sebagai info, Harith sah bercerai talak satu dengan isteri, Dr. Jezamine di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu.

Sumber: Kosmo!

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.