in

“Saya tahu siapa buat, saya mohon maaf” – Kecoh! TikTok ‘Famous’ Disantau?

Fi Santau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sesiapa yang selalu scroll TikTok, mungkin ramai yang mengenali dengan selebriti TikTok bernama Ijam Petra. Sering memuat naik konten yang in dengan masa sekarang, dan menarik perhatian netizen bila mendengar gelaknya yang unik itu.


Walau bagaimanapun baru-baru ini Ijam membuat keputusan mengejutkan, apabila dia seakan nak berhenti dari buat konten di TikTok lagi.

 

Seminggu menghilang

Pada awal Julai lalu, Ijam ada memuat naik video berlatar hitam di mana dia mengucapkan selamat tinggal kepada pengikutnya serta meminta maaf di atas segala kesalahannya. Perkara itu nyata menimbulkan pelbagai spekulasi oleh pengikutnya dan ramai yang seakan sedih bila dia berkata sebegitu.

@ijam_petra

Selamat Tinggal semua ? #fyp #tiktokmalaysia #fypmalaysia

♬ suara asli – kiki – kiki

Beberapa hari lalu, Ijam dilihat muncul semula dan memuat naik posting video di akaun TikToknya. Dia memberitahu bahawa selama tempoh 2 minggu berdiam diri itu sebenarnya, dia tengah melawan penyakit yang menimpanya.

Namun sedih dilihat apabila dia bagitahu bahawa sekarang barulah dia boleh untuk makan dan bangun seperti biasa.

“Pada siapa yang DM saya, saya minta maaf saya tidak sempat balas satu per satu. Terima kasih di atas doa semuanya, moga Allah bagi kesembuhan kepada saya dan juga Allah rahmati kalian semua.

“Doakan saya, saya minta maaf. Mungkin kalau ini takdir Allah untuk saya, saya reda. Ujian saya, saya reda. Doakan saya untuk saya terus kuat. Alhamdulillah saya boleh bangun, jalan, boleh makan. Saya minta ampun sangat-sangat kakau saya ada salah silap.”

@ijam_petra

Assalamualaikum terima kasih atas semua doanya. Saya minta maaf kalau ada salah silap #fypmmalaysia #tiktokmalaysia #fyp

♬ original sound – ? – ?

 

“Memang kawan baik sendiri yang buat” 

Sebelum ini, ramai membuat spekulasi mengatakan bahawa Ijam sebenarnya telah terkena ‘buatan’ orang. Rupa-rupanya andaian itu betul, dan di sahkan sendiri oleh Ijam di ruangan komen Twitter seorang netizen.

Paling kita tak sangka, Ijam memberitahu bahawa kawan baiknya sendiri yang berbuat sedemikian tapi dia tak buat apa-apa sebab tak nak isu ini berpanjangan. Kenapa tergamak sangat kawan dia? Sedih lah tengok.

Santau 1 Edit

Semoga Ijam diberi kesihatan secepat mungkin, dan boleh menceriakan orang seperti biasa. 

 

Baca : “Cukup lah tu.. saya merayu, demi Anas &  Aneesa – Kongsi Gambar Jarum Penuh Darah, Bapa Fattah Anas Kena Santau?

Foot Santau

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.