in

“Saya tahu rakyat marah tapi tujuan kita untuk menyelamatkan nyawa” – Ismail Sabri

Semail Sabru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi 6 daerah di Selangor dan Kuala Lumpur, rata-rata rakyat nampaknya kurang berpuas hati kerana tempoh PKP dilakukan semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.


Susulan itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa dia memahami perasaan rakyat kini yang marah dengan perlaksaan PKP tersebut, lapor Harian Metro.

Saya tahu rakyat marah (PKP) tetapi tujuan kita untuk menyelamatkan nyawa mereka,” katanya.

61619446438 Ismailsabri

Beliau juga menafikan pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap kerajaan selepas PKP diumumkan menjelang Aidilfitri pada minggu depan.

Menurutnya, keputusan dibuat berdasarkan sistem amaran awal Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang dibangunkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan KKM berpandukan MySejahtera.

“Rakyat kena faham bukan tujuan kerajaan untuk menyusahkan rakyat.

“Kita tidak mahu Malaysia akhirnya menjadi seperti India selepas beberapa pemimpin negara itu mengisytiharkan menang dalam peperangan menentang Covid-19 dan mula memberikan kebebasan.

“Akibatnya, berlaku penularan Covid-19 di India sehingga kerajaan sudah tidak mampu mengawalnya,” katanya lagi.

 

ICU di Kelantan sudah penuh, tak mahu negara jadi macam India 

Ismail juga mengambil contoh di Kelantan yang kini berlaku peningkatan kes COVID 19 sehinggakan hospital dan ICU sudah penuh.

“Kelantan terpaksa buka hospital sementara kerana katil hospital sedia ada tidak mencukupi.

“Perkara ini sudah berlaku di Kelantan dan tidak mustahil Kuala Lumpur dan Selangor (boleh berlaku) berdasarkan peningkatan kes yang mendadak,” katanya.

Nurses Moh

Jadi tidak mustahil menurutnya melalui pembentangan KKM selepas Aidilfitri ini kes akan kembali meningkat ke angka 5,000 kes sehari. Aduhai… 

Jika jadi 10,000 kes, kita mungkin jadi macam India dan kerajaan tidak mahu melihat rakyat mati bergelimpangan seperti di negara itu.

“Disebabkan itu, intervensi perlu dilakukan dengan segera dan saya harap rakyat faham tindakan dilakukan untuk melindungi nyawa mereka,” jelasnya lagi.

D438491A2Fd177E34Ab0666Aab16041F

Dalam pada itu, beliau juga bertegas untuk tidak mahu menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab jika keadaan tersebut dan atas rasa sayang pada rakyat, PKP terpaksa dilakukan kerana ia jalan terbaik buat masa ini.

Bertabahlah ye warga Selangor, KL dan lain-lain yang kena PKP tu. Doakan semoga COVID 19 ni cepat lenyap. 

Baca: Kes COVID 19 Semakin Meningkat, Kelantan Tidak Bercadang Beli Vaksin Sendiri Kerana Kos Yang Tinggi

Kelants

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Code Blue
Sumber: Yahoo News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.