in

“Cemana boleh lepas?” – [VIDEO] Filem Tempatan Didakwa Ada Unsur Lucah Terima Kritikan Netizen

Ft Pulauuuuuuuuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, trailer filem tempatan yang bakal ditayangkan pada Mac tahun ini telah mendapat perhatian ramai di media sosial.


Apa yang menarik perhatian netizen adalah, melalui trailer tersebut dapat dilihat ada beberapa babak yang boleh dianggap berunsur lucah dan adegan yang tidak sepatutnya.

Ada babak lucah?

Namun setelah trailer filem tersebut dimuat naik ke Twitter oleh akaun rasmi GSC, ramai warganet yang meluahkan rasa pelik dan terkejut bagaimana filem sebegitu boleh terlepas daripada penapisan pihak Lapisan Penapis Filem (LPF) kerana ia mempunyai babak yang tidak bersesuaian.

Filem tersebut dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Namron, Wan Hanafi Su, Alif Satar dan turut menampilkan Amelia Henderson, Ikmal Amry dan beberapa pelakon baru.

Fmvmlfwacae0Wat

Paling menjadi bualan netizen adalah kehadiran influencer media sosial terkenal iaitu Ms Puiyi yang turut melakonkan adegan panas di dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, pencetus ummah Syed juga telah menggesa pihak FINAS untuk melaksanakan penapisan yang sewajarnya terhadap filem ini ekoran mempunyai adegan yang melampau selain gaya pemaikan pelakon aktres wanita yang terlalu menjolok mata.

“Lepas pulak cerita macam ni?” – Netizen

Rata-rata warganet meluahkan tanda tanya terhadap FINAS kerana membenarkan filem tersebut ditayangkan sedangkan ada beberapa filem dari Hollywood yang disekat kerana unsur yang sama.

Tambah mereka, filem ini secara terang-terangan mempraktikkan lelaki dan wanita yang bersekedudukan tanpa ikatan yang sah dan adegan-adegan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh masyarakat di Malaysia.

Screenshot 2023 01 16 183045

Screenshot 2023 01 16 183125

Agak-agak korang macam mana boleh lepas LPF?

Baca : Ramai Kata Poster Filem Terbaru ‘Pulau’ Sama Macam Poster Filem Fantasy Island

F4 Ffi 758X399 1

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.