Selalunya, isu yang mungkin menjadi kebimbangan buat pasangan yang baru berkahwin adalah untuk mendapatkan anak, namun kini sudah mula ada pasangan yang memilih untuk tidak mahu mempunyai anak.
Konsep yang dikenali sebagai childfree ini dilihat sudah mula meluas dalam kalangan rakyat Malaysia. Buktinya, kewujudan pasangan ini dapat dilihat menerusi satu video yang kini sedang tular di TikTok ini, yang mana mereka menjelaskan sebab memilih untuk tidak mahu ada anak.
Artikel berkaitan :“Satu kerugian” – Ellie Suriaty Ulas Isu ‘Childfree’, Akui Kos Sara Hidup Di Bandar Tinggi
Artikel berkaitan : Ramai Pasangan Mula Ikut Trend ‘Childfree’, Mufti Jelaskan Hukumnya…
Menurut pasangan ini, mereka telah merancang untuk tidak mahu ada anak sejak sebelum berkahwin lagi, menurut mereka komitmen bertambah jika ada anak.
“Tahu tak anak ni membebankan bagi saya, bagi kami lah, sebab saya ni career woman dan suami saya pun bekerja dan masing-masing tak ada masa dengan anak.”
“Lepas tu bila kita ada anak, kena fikir kewangan, dari segi pampers, susu, pendidikan dia, lepas nanti bila dah besar nanti perangai dia macam mana, jadi bagi saya itu macam membebankan,” ujar si isteri.
Jelas wanita ini lagi, bila dirinya berada di sisi suaminya itu sudah cukup membahagiakan dirinya. Dalam pada itu, si suami pula menjelaskan yang banyak perkara yang harus dikorbankan seperti masa dan mahu elak sebarang pergaduhan di depan anak.
“Itu yang kita fikir macam susah sangat untuk kita, privasi kita cukup lah kita berdua saja.”
Berkenaan dengan kata-kata dan teguran orang lain tentang masa depan mereka bila sudah tua kelak, si isteri menjelaskan bahawa dia dan suami tidak kisah jika tinggal di rumah orang tua.
“Tak apa saya dah fikir dengan suami saya, kami okay ja bila kita orang duduk dekat rumah orang tua.”
Dengan pendirian mereka, pasangan ini tidak kisah dengan kecaman orang memandangkan ia adalah keputusan mereka.
“Ini adalah hak kami, ini adalah badan saya dan saya berhak menentukan apa sahaja.”
@kool101my “Kami bahagia je berdua, ada anak ni membebankan…” Tahukah anda sedar bahawa tahun ini negara kita mungkin mengalami penurunan kadar kelahiran terendah dari tahun sebelumnya? Sebab itu lah dikatakan kadar kelahiran di Malaysia ‘kritikal’? Adakah kerana ramai pasangan yang memang tidak mahu ada anak? Atau kerana faktor ekonomi? Atau kerana ramai yang kahwin di hujung usia? Tapi macam pasangan dalam video ini, yang memang taknak anak, salah ke? Mereka bahagia je dan tak perlu risaukan perbelanjaan untuk isi rumah yang lain iaitu anak. Anda rasa bagaimana? 🤔⬇️ Dengarkan Kool 101 di MyTV 716, di frekuensi Lembah Klang 101.3 FM dan di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint
Sebelum ini, Mufti ada menjelaskan apa hukumannya jika pasangan memilih untuk tidak ada anak. Boleh rujuk pautan di atas.
Sumber: TikTok