Korang mesti masih ingat lagi dengan King Coco yang terkenal dengan percakapan pelat Melayu suatu ketika dahulu kan?
King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail yang sering menghiburkan orang ramai dengan video-video lucunya sebelum ini telah lebih banyak mendiamkan diri selepas dikurniakan dua cahaya mata.
“Saya dah lama no longer married”
Ketika berita perkahwinannya pada 2017 tular, ada desas-desus mengatakan yang King Coco telah merampas suami orang selepas suaminya dikhabarkan menceraikan isteri pertama tak lama selepas berkahwin dengannya.
https://www.instagram.com/p/CGRXZAsAjPY/
Baru-baru ini menerusi Instagram, King Coco ada memuat naik video memberikan penjelasan kepada orang ramai yang dirinya kini telah pun bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor.
Menurut wanita ini, tujuan dia memberikan penjelasan ini adalah kerana dia sering mendapat aduan dari orang lain kerana diganggu oleh bekas suaminya.
Actually I tak nak buat video ni dah, I don’t want want to talk about my personal life dah tapi it seems that I have to do it because ada orang-orang yang telah diganggu and ya I have to clarify it again.
Saya dah lama dah no longer married. Saya dah lama dah tidak berkahwin dan saya telah pun dah habis edah dah lama pun and saya sekarang living my own life without anyone without boyfriend or husband.”
https://www.instagram.com/p/CUKIyEjotDd/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again
Sebentar tadi menerusi Instagram Story pula, King Coco menjelaskan yang dia tak sedih dengan apa yang berlaku dan menjelaskan yang dia dan bekas suaminya bercerai kerana mahu yang terbaik untuk mereka dan membuat keputusan untuk teruskan dengan haluan masing-masing.
I’m okay, I’m not sad, I’m happy you guys don’t have to worry about me.”
King Coco turut menjelaskan yang dia kini tidak mempunyai sesiapa namun enggan memberitahu tarikh sebenar dia dan bekas suaminya bercerai.
Baca: “Yang undi pun boleh tahan bengap” – King Coco Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bagan Serai