Pada awal tahun 2022, selebriti serta aktivis Heliza Helmi selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Pun begitu, ada khabar angin mendakwa rumah tangga pasangan itu sedang menghadapi masalah susulan Heliza yang jarang memuat naik gambar suaminya itu di media sosialnya.
Artikel berkaitan: “Saya tak buat perkara haram” – Suami Heliza Helmi Nafi Syarikat Buat Salah, Terkejut Dengan Dakwaan Tular
Artikel berkaitan: Suami Heliza Helmi Tersenarai Dalam Investor List Alert Oleh SCM, Didakwa Lakukan Aktiviti ‘Scam’?
Heliza bagaimanapun menolak dakwaan itu dan akui dia sangat terkejut dan keliru dengan khabar angin itu.
Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi, berkata hubungannya dengan suami berada dalam keadaan baik dan mereka masih bahagia bersama.
“Saya memang sangat terkejut apabila mengetahui tentang hal ini. Persoalan pertama ialah dari mana datangnya dakwaan ini.
Kedua, individu yang menyebarkan berita ini, dia dengar dari mana dan siapa orang itu kerana sebelum saya menjawab persoalan sebegini, saya perlu tahu dari mana puncanya.
Macam mana saya hendak jawab perkara sebegini kerana mungkin direka atau apa tujuannya. Tetapi, apa-apa pun alhamdulillah dia (suami) ada bersama dengan saya untuk program hari ini (Rabu),” katanya.
Menurutnya, dakwaan itu sangat tidak berasas hanya kerana dia tidak memuat naik gambar suaminya itu di Instagram.
“Masyarakat sekarang ini ada banyak masa jadi mereka akan tolong fikir tentang hal masyarakat (orang) lain. Saya buat itu (tidak berkongsi gambar) bukan sebab tertentu atau sesiapa.
Tetapi disebabkan diam itu lebih baik. Jadi apabila saya rujuk kepada guru (para ulamak), memang ada kebaikannya apabila berdiam. Saya yakin dan percaya anda semua suka melihat perkara yang baik,” katanya lagi.
Sebagai info, Heliza dan Mahadi mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022 di Putrajaya.
Sumber: Kosmo!