“Saya rindu mak!” – Anak Umur 9 Tahun Hanya Mampu Beri Dakapan Angin, Tak Boleh Peluk Emak Kerana Bertugas Jaga Pesakit di Wuhan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Banyak sudah kisah yang kita dengar mengenai kegigihan para doktor dan nurse di China yang bekerja tak kira siang dan malam demi menjaga pesakit yang dijangkiti coronavirus di Wuhan.

Mereka ni dianggap sebagai hero yang sebenar kerana ada di antaranya sehingga maut dalam menjalani tugas dan terpaksa tinggalkan keluarga kesayangan di kampung halaman dalam jangka masa yang lama.

 

Ibu dan anak hanya dapat beri ‘dakapan angin’ 

Namun kisah dua beranak yang viral di media sosial baru-baru ni telah menarik perhatian netizen yang simpati dengan nasib mereka.

Menerusi video yang viral di Youtube, seorang budak perempuan berusia 9 tahun dilihat menangis teresak-esak sambil memberi ‘dakapan angin’ kepada ibunya yang bertugas sebagai jururawat barisan hadapan di Fugou, daerah Henan. 

Nurse tersebut yang dikenali sebagai Liu Haiyan, rupanya sudah tidak pulang ke rumah semenjak minggu pertama Tahun Baru Cina lagi, lapor WORLD OF BUZZ.

Bimbang dijangkiti coronavirus, anak tak boleh dakap emak 

Pun begitu, pada 31 Januari lepas, suami kepada Liu telah menyediakan dumpling kesukaannya dan membawa ia bersama anak mereka yang berusia 9 tahun ke hospital untuk melawat wanita tersebut.

Namun disebabkan takut virus tersebut tersebar kepada orang luar, Liu tak boleh nak datang dekat pada anak dan suaminya serta dia juga tak boleh nak beri anaknya pelukan erat.

Sumber: Youtube

Anaknya sempat merintih,

“Mak, saya rindu mak sangat-sangat”. 

Namun Liu cuba menenangkan anaknya dengan tersenyum dan berkata,

“Jaga diri baik-baik! Mak sedang melawan monster! Mak akan balik bila virus ni dikalahkan. Mak akan balik bersama kamu bila kami dah menang!” 

Sumber: Youtube

Menurut suami Liu, anak mereka tak henti-henti memikirkan tentang keadaan ibunya di sana. Mereka juga bercadang untuk buat jamuan special buat pekerja hospital semenjak pertemuan dengan Liu hari itu.

Kita doakan semoga masalah coronavirus ni cepat selesailah dan ibu serta anak ni dapat bersatu semula. 

Baca: “Menyusahkan orang lain!” – Instafemes ‘Prank’ Dijangkiti Coronavirus, Pesawat Terpaksa Patah Balik Buat ‘Emergency Landing’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!