in

“Saya rasa lagi tenang” – Rasa Lebih Selamat Bertudung, Zila Bakarin Kongsi Kisah Penghijrahan

Zila Bakarin Hijrh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Zila Bakarin bukanlah nama asing dalam industri perfileman tanah air, sebelum ini dia dikenali dengan imej yang seksi namun kini tidak lagi.

Sekitar beberapa tahun lalu, Zila Bakarin atau nama sebenarnya Rosmawati Binti Bakarin mengambil keputusan untuk berhijrah dan memakai tudung serta mengubah imejnya.


Baru-baru ini, pelakon 3 Nota Cinta itu berkongsi kisah penghijrahannya yang membuatkan ramai netizen tersentuh.

Zila dalam video tersebut memberitahu dirinya jauh lebih tenang berbanding dahulu dan dia berasa lebih selamat dengan imej barunya itu.

“Saya ni terkenal dengan pakaian saya dulu, dengan rambut. Tak pernah yang dalam almari itu pakaian bertutuplah demi Allah. 

Sehinggalah satu hari tu, saya nak ambil anak dari sekolah saya rasa macam tiada surat benang pun dekat badan ni. 

Saya rasa macam ‘eh kenapa sejuk, takut je rasa macam tak selamat. Saya keluar masuk rumah dalam keadaan gelisah, saya ambil tudung pakai baru rasa selamat,” katanya.

Dalam perkongsian yang sama, Zila yang juga ibu kepada dua anak itu berkata penghijrahannya itu bukanlah atas paksaan sesiapa dan ianya sesuatu yang spontan serta atas dirinya sendiri.

Semoga Zila sentiasa istiqomah! 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.