in

“Saya okay, I love you!” – Rosmah

I Love Rosma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguhpun telah didakwa dengan 17 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram yang melibatkan RM7 juta, Datin Seri Rosmah Mansor masih kelihatan baik-baik saja ketika dia meninggalkan mahkamah pagi tadi.


Pun begitu, ketika ditanya wartawan bagaimana perasaannya lepas menghadapi pertuduhan, Rosmah yang kelihatan sedikit sebak hanya menunjukkan isyarat ‘okey’ kepada rakan media.

03065B5Ffb38Dc3811F5D6Fbc2C6927F
sumber: malaysiakini

Menurut NST, bekas ‘wanita pertama Malaysia’ ini tiba di mahkamah dengan memakai baju kurung dan selendang oren juga sempat melambai pada mereka yang menunggunya di lobi mahkamah Jalan Duta hari ni.

“Saya okay… I love you!” katanya sebelum masuk ke dalam Proton Perdana hitam bersama suami, Datuk Seri Najib Razak lepas selesai membayar wang jaminan.

Lambaian Rosmah
sumber: twitter

Najib yang juga hadir untuk sebutan kes berkaitan SRC International dilihat tenang disisi isterinya sambil berpegangan tangan ketika mereka bertemu di mahkamah.

Doo4Mvyvaaamupg
sumber: twitter
Doo4Mvwu0Aal Mh
sumber: twitter

Terdahulu, mahkamah telah membenarkan Rosmah diikat jamin RM2 juta dan membayar ikat jamin RM500,000 hari ini dan bakinya pada atau sebelum 11 Oktober nanti.

Manakala Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan dan mahkamah menetapkan 8 Nov untuk sebutan semula kes.

Menerusi hasil semakan media di kaunter bayaran jamin, 2 orang wanita yang dipercayai rakan Rosmah telah membayar jaminan sebanyak RM500,000 pada jam 11 pagi.

Alhamdulillah kalau Datin Seri okey…

Baca: Ini Senarai Penuh 17 Tuduhan Yang Rosmah Mansor Hadapi

Rosmah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.