Isteri bekas Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor ditahan oleh SPRM semalam dan dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Menurut Sinar Harian, beliau akan menghadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram yang bernilai hampir RM7 juta dan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Berikut merupakan senarai penuh pertuduhan tersebut
- Menerima bayaran sebanyak RM200,000 pada 4 Disember 2013
- Menerima RM100,000 pada 16 Disember 2013
- Menerima RM200,000 pada 23 Disember 2013
- Menerima RM100,000 pada 2 Jan 2014
- Menerima RM100,000 pada 29 Jan 2014
- Menerima RM200,000 pada 28 Feb 2014
- Menerima RM100,000 pada 14 Mac 2014
- Menerima RM100,000 pada 8 April 2014
- Menerima 8 transaksi berjumlah RM1.64 juta ke dalam akaun Affin Banknya
- Membolehkan 127 urus niaga berjumlah RM3.853 juta ke dalam akaun yang sama dari 21 Januari hingga 12 Disember 2015
- Menerima urus niaga sebanyak RM510,000 dari 28 Jan hingga 7 Nov 2016
- Menerima lima transaksi berjumlah RM30,000 pada 29 Mac
- Gagal memfailkan pulangan cukai sebanyak RM500,000 untuk 2014
- Gagal memfailkan pulangan cukai RM2.2 juta untuk 2015
- Gagal memfailkan pulangan cukai RM3.853 juta untuk 2016
- Gagal memfailkan pulangan cukai RM510,000 untuk 2017
- Gagal memfailkan pulangan cukai RM30, 000 untuk 2018
Menurut World Of Buzz, Pada mulanya pendakwa raya Sri Ram meminta ikat jamin RM10 juta.
Walau bagaimanapun, jaminan itu telah ditetapkan secara rasmi pada RM2 juta kerana hakim menyatakan jumlah RM10 juta itu terlalu tinggi, sementara pihak peguam bela meminta terlalu rendah jumlahnya (RM250,000).
Jaminan sebanyak RM2 juta itu diperintahkan dengan dua syarat :
- Rosmah harus menyerahkan pasportnya dan dia tidak dibenarkan menghubungi saksi-saksi yang berpotensi.
- RM500,000 perlu dibayar hari ini (4 Oktober), dan diberikan tempoh hingga 11 Oktober untuk membayar jumlah baki.