in

“Saya nafikan kenyataan dia…” – Didakwa Larang Jumpa Anak, Ippo Hafiz Minta Isteri Tunjuk Bukti

Syaz Ft 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan prosiding kedua tuntutan nusyuz penyanyi Ippo Hafiz serta isterinya Fara Roslan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang.


Sebelum ini terdapat dakwaan daripada isterinya di mana dia dikatakan melarang isterinya itu untuk berjumpa dengan anak mereka.

Pelantun lagu Kekal Bahagia itu bagaimanapun menafikan dakwaan isterinya itu dan memintanya untuk mengeluarkan bukti jika ianya benar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

“Saya menafikan kenyataan Fara (tidak angkat panggilan telefon). Kalau dia ada bukti, dengan segala hormatnya dia boleh tunjukkan di mahkamah, bukan media sosial. Dia lebih tahu apa yang sebelum ini kami bincangkan.

Bagi saya, bila banyak fitnah lebih baik kita serahkan ke mahkamah. Segala tohmahan yang berlegar di laman sosial juga serahkan kepada mahkamah dan cerita di sana,” katanya.

Menurut laporan Kosmo!, Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz turut menafikan dakwaan sudah berpindah ke kediaman berbeza apabila gagal ditemui isterinya yang mahu bertemu anak mereka.

Difahamkan, nusyuz telah difailkan namun pihak Ippo belum menerima notis penyerahan permohonan cerai dan hadanah daripada Fara Roslan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.