in

“Saya mohon maaf” – Didakwa Benarkan Puasa Hari Tasyrik, Ustaz Don Beri Penjelasan

Ustaz Don Hari Tasyrik Puasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid sekali lagi menjadi tumpuan selepas didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai puasa pada hari kedua, ketiga dan keempat Aidiladha.

Dalam sebuah rancangan radio, Ustaz Don memaklumkan salah satu waktu yang tidak boleh berpuasa ialah pada hari raya pertama sama ada pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha.


Perkara itu telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen, malah pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga telah memuat naik hantaran mengenai haram berpuasa pada hari-hari Tasyrik.

Susulan itu, Ustaz Don menerusi satu hantaran di Instagram telah membuat permohonan maaf dan mengakui atas kekeliruan tersebut.

“Saya minta maaf sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf banyak-banyak semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.”

Jelasnya, soalan itu ditanya tentang puasa pada hari pertama Aidiladha dan jawapan yang diberikan mengikut pertanyaan tersebut dan tidak dihurai panjang lebar.

Artikel berkaitan: Selepas ‘Direhatkan’, Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan, Maafkan Semua Orang

“Dia tanya Ustaz boleh atau tidak berpuasa pada Hari Raya Aidiladha. Jadi masa kami nak rakam, kami tanya ini hari raya pertama sahaja ke? Hari raya pertama sahaja dia jawab, untuk kita beritahu yang mudah.

“Jawapan yang panjang sepatutnya Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri hari pertama tak boleh puasa, sama macam Aidilfitri hari raya kedua, ketiga dan keempat itu baru boleh puasa.

“Berbeza dengan Hari Raya Aidiladha ada Hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13. Bila jadi macam itu panjang huraian dia. Masa itu nak bagi faham sahaja, hari raya pertama tak boleh puasa. Itu sahaja. Tapi saya minta maaf, sebab jawab mengelirukan. Maafkan saya,” jelas Ustaz Don.

Terdahulu, Ustaz Don mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengeluarkan hadis dhaif dalam program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.