in

“Saya minta maaf” – Raffi Ahmad Dikecam Teruk, Pergi Berparti Hari Yang Sama Lepas Divaksin Bersama Presiden Jokowi

Ft Raffiahmad

Kerajaan Indonesia mengambil inisiatif untuk meletakkan beberapa artis dan influencer dalam senarai antara yang pertama menerima vaksin Covid-19. Menurut laporan, ia adalah strategi kerajaan Indonesia agar golongan itu dapat mempengaruhi dan menunjukkan contoh yang baik sekaligus meyakinkan rakyat bahawa vaksin berkenaan selamat.

Artis pertama yang mendapat suntikan vaksin itu adalah Raffi Ahmad iaitu pada hari dan majlis yang sama bersama Presiden Jokowi, 13 Januari lepas. Namun, malangnya selebriti berusia 33 tahun itu sebaliknya tidak menunjukkan contoh yang baik apabila dia didapati keluar berparti pada hari yang sama dia terima suntikan vaksin.

 

Tak tunjuk influence yang baik

Sekeping gambar menunjukkan Raffi bersama isterinya, Nikita Slavina berada di sebuah parti pada malam 13 Januari lepas. Gambar yang viral di media sosial Indonesia menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen di sana.

Melalui gambar tersebut, Raffi dan isteri dilihat bersama beberapa selebriti dan influencer tanpa memakai pelitup muka juga tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Ramai pengguna media sosial mengecam tindakan Raffi yang seharusnya menunjukkan contoh yang baik apatah lagi selepas menjadi artis pertama yang terpilih menerima vaksin. Ini tidak, selepas menerima suntikan pada waktu siang boleh pula dia keluar berparti sebegitu pada malamnya.

Seorang pelakon turut menegur Raffi di Twitter kerana tidak patuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Kata Sherina Munaf, Raffi patut tidak mengecewakan pengikut dan peminatnya dengan hal sebegitu.

 

“Saya minta maaf, bukan di tempat umum tapi…”

Selepas menerima kritikan hebat, Raffi melalui Instagram telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka serta menjelaskan perkara sebenar.

Katanya parti yang turut dihadiri beberapa artis lain seperti Once dan Anya Geraldine itu dianjurkan oleh bapa kepada rakannya, ahli perniagaan terkemuka Ricardo Gelael di salah sebuah rumahnya di Jakarta Selatan.

Menurut Raffi lagi, sebelum memasuki rumah tersebut juga mereka telah melalui beberapa protokol kesihatan dan hanya membuka pelitup muka ketika makan serta bergambar.

Semalam itu, bukan di tempat umum. Tetapi memang di rumah peribadi ayahnya teman saya.”

Raffi juga berkata dia akan lebih peka dan mematuhi protokol kesihatan 3M (memakai masker, menjaga jarak, mencuci tangan) selain turut mengingatkan orang ramai untuk membuat perkara yang sama.

Baca: Rakyat Terlalu Risau, Kerajaan Indonesia Guna ‘Taktik’ Bagi Vaksin Covid-19 Pada Artis Untuk Yakinkan Penduduk

Ft Vaksinid