in

“Saya mengaku saya tak vaksin & bawa orang tak vaksin ke Saudi”- Ustaz Abu Syafiq

Ft Abu Syafiq Mengaku Bawa Jemaah Tak Vaksin Umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ada mengumumkan bahawa terdapat jemaah umrah dari Malaysia yang pulang ke tanah air disahkan positif Covid-19 varian Omicron dan apa yang mengejutkan lagi ada, ada antara mereka ini tidak divaksinasi.


Umumnya, jika ingin melakukan sebarang pengembaraan, individu tersebut haruslah mendapatkan vaksin dahulu, jadi KKM telah menetapkan bahawa kes ini sebagai ingat SOP. Dalam masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri juga turut mengaku kekhilafan mereka.

 

Saya mengaku… – Ustaz Abu Syafiq

Memandangkan kes ini masih di dalam siasatan, tiba-tiba seorang Ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq tampil membuat pengakuan secara terbuka menjelaskan bahawa dirinya adalah individu yang membawa jemaah yang tidak divaksinasi itu ke tanah suci menerusi Instagram miliknya. Bahkan, dia juga mengaku bahawa dirinya tidak divaksinasi.

“Saya mengaku saya tidak Vaksin dan bawa orang yg tak Vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab Vaksin ni dah pupus. Ramai juga jemaah tak ambil pun Vaksin ni. Seperti segala jenis Vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh. Vaksin juga adalah Duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar’.”

Dalam kenyataannya itu, Ustaz Abu Syafiq turut menjelaskan bahawa ramai juga jemaah yang tak ambil vaksin.

 

Baca : “Allah sayang semua orang, bercanggah dengan al-quran” – Nota Peringatan Diri Ustaz Abu Syafiq Undang Kritikan Netizen

Ft Ustaz Abu Syafiq Dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.