in

“Allah sayang semua orang, bercanggah dengan al-quran” – Nota Peringatan Diri Ustaz Abu Syafiq Undang Kritikan Netizen

Ft Ustaz Abu Syafiq Dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini namanya seorang Ustaz yang dikenali sebagai Abu Syafiq ini pernah mencetuskan kontroversi, hari ini, dia ada muat satu peringatan kepada dirinya menerusi satu posting di Instagram miliknya, namun ianya mengundang kritikan netizen.


 

“Allah Sayang Semua Orang”. Ia adalah salah bercanggah dengan Al-Quran.

Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Abu Syafiq menekan kan bahawa istilah “Allah sayang semua orang” itu tidak benar dalam Islam bahkan bercanggah dengan Al-Quran. Ini kerana…

Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah TIDAK sayang si penghianat harta awam dan pendosa.
An-Nisa 107.

Bagaimanapun, apa yang dikatakan itu hanyalah untuk peringatan buat dirinya sahaja.

Namun begitu, apabila menjengah diruangan komen, ramai netizen memberikan kritikan kepadanya.

 

Kalau untuk diri sendiri kena post kat IG – Netizen

Ustaz Abu Syafiq Dikecam 5 Ustaz Abu Syafiq Dikecam 4 Ustaz Abu Syafiq Dikecam 3 Ustaz Abu Syafiq Dikecam 2

Dalam pada itu ada juga beberapa orang netizen yang memberikan nasihat kepadanya. Apapun, mungkin apa yang dikatakan ini tidak menuju kepada sesiapa masing-masing ada pandangan mereka sendiri dan perkongsian ini adalah sekadar ingin mengingatkan dirinya.

 

Baca : “Saya tak tuju kat dia pun” – Ustaz Abu Syafiq Enggan Minta Maaf Pada Ebit Lew Sebab ‘Dia Tak Buat Salah’

Collage 60

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.