in

Saksi & Wali Bersubahat Pernikahan Di Sempadan Boleh Didenda Penjara Hingga 3 Tahun

Ft Kahwin Lari Kena Denda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekiranya penduduk di Terengganu yang ingin berkahwin tanpa kebenaran termasuk di Thailand, pasangan, wali dan mana-mana saksi mungkin berdepan dengan hukuman yang agak berat kerana pihak agama negeri ini telah memperketatkan undang-undang berkaitan perkahwinan.


 

Boleh denda hingga RM 33K untuk semua yang terlibat

Pexels Elizabeth Tamara 14767018

Lapor Kosmo!, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 menyatakan semua pihak yang terlibat boleh dikenakan denda dari RM 2,000 hingga RM 5,000, jika sabit kesalahan.

Untuk perkahwinan tanpa kebenaran, mahkamah syariah boleh mengenakan denda keseluruhan sehingga RM 33,000 kepada pengantin, wali dan dua saksi.

Sumber melaporkan bahawa hukuman yang ditetapkan Terengganu mengenai perkahwinan tanpa kebenaran itu adalah antara yang tertinggi di negara ini.

 

Rangkuman denda

Pexels Seda Guner 14880000

Dalam pada itu, Ketua Pendakwa Syariah Terengganu, Wan Abd. Malik Wan Sidek berkata, pengantin lelaki boleh berdepan sehingga 4 pertuduhan, manakala 2 bagi pengantin perempuan dan 1 pertuduhan bagi wali dan 2 saksi.

Tambah beliau lagi, antara kesalahan yang boleh disabitkan untuk pengantin lelaki ialah akad nikah, berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran serta tidak melaporkan perkahwinan dalam tempoh dua bulan.

“Kesemua kesalahan itu di bawah Seksyen 37(1), Seksyen 125, Seksyen 126 dan Seksyen 32 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 membawa hukuman denda RM2,000 hingga RM5,000.

“Pesalah lelaki juga boleh dipenjara sehingga 3 tahun.”

Malah, untuk pengantin wanita pula, dia akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 32(2) dan Seksyen 125 enakmen sama.

Dalam pada itu, untuk wali yang menikahkan anak mereka di Thailand pula boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 36 enakmen sama iaitu mengakad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 dan penjara sehingga tiga tahun.

“Saksi tempatan yang ikut serta dalam pernikahan di Siam juga tidak terlepas hukuman kerana bersubahat di bawah Seksyen 137 enakmen sama.”

Menurut Wan Abd Malik lagi, hukuman tinggi yang mula diwartakan pada 6 tahun lalu itu bertujuan agar dapat menghalang pasangan di Terengganu bernikah tanpa kebenaran di luar negara.

“Perkahwinan yang suci di sisi agama termasuk poligami sepatutnya dilaksanakan secara ter­tib di negeri sendiri bagi mengelak implikasi negatif pada masa hadapan.”

Baca : Nak Kahwin Di Sempadan? Narathiwat Perketat Syarat Poligami

Kahwin Sempadan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.