Pengorbanan dan jasa seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak-anaknya memang tak terbalas oleh kita. Ini kerana proses bersalin sangat bahaya dan ia boleh dikatakan antara hidup atau mati terutamanya jika ada komplikasi.
Namun, seorang lelaki pula baru-baru ini menerima kecaman dan kritikan warganet apabila dia berkongsi petuanya agar isteri mudah bersalin.
Lelaki berkenaan mengatakan petua mereka ialah sang suami akan memaafkan segala kesalahan isteri padanya. Oleh sebab itu, proses bersalin keempat-empat anaknya sangat mudah.
The audacity to assume his wife could deliver easily is because of him ew 🤮 please, you did one small thing. Your wife carried your babies for 36 months in total. The credit should 100% be given to her, not you. Muntah lah dengan lelaki entitled ni pic.twitter.com/vMcrCPUDBe
— ibnmukh (@emmericium) October 1, 2022
Difahamkan, lelaki berkenaan berkongsi petua tersebut di ruangan komen Facebook Dr Imelda Balchin sebelum dikongsikan semula oleh warganet lain di Twitter.
Perkongsian petua tersebut telah mendapat respons daripada Dr Imelda sendiri yang mengatakan bahawa petua lelaki berkenaan boleh merendahkan kebolehan dan keyakinan ibu-ibu untuk bersalin.
Sebab macam inilah ramai ibu-ibu disakiti dan difitnah dikatakan dia susah bersalin sebab banyak sangat kesalahan kepada suami. Jika awak orang yang berhati baik, awak tak akan cakap macam ini. Macam lah awak tak pernah buat kesalahan kepada isteri dan tak perlu dimaafkan,” balas Dr Imelda.
Petua yang dikongsikan oleh lelaki berkenaan juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannnya tak bersetuju dengan pendapat lelaki itu.
Ada netizen yang mengatakan yang memudahkan urusan itu adalah kerja tuhan, dan sebagai manusia kita mampu usaha dan doa sahaja.
Jadi, suami dan isteri perlulah berdoa untuk mudah bersalin.
Selain itu, ada juga netizen yang mengatakan proses bersalin secara bedah Czer sememangnya sekejap memandangkan lelaki berkenaan mendakwa anak keempatnya dilahirkan melalui cara pembedahan (mula lepas Maghrib dan selesai waktu Isyak).
Apa pulak pendapat korang?
Baca: 7 Tips Sangat Berguna Buat Para Isteri dan Suami Untuk Memudahkan Urusan Seharian