“Saya jadi takut” – Pelajar Tikam Cikgu Sampai Mati Sekarang Sering Kena ‘Ganggu’ Dalam Penjara

Korang ingat lagi tak sebelum ni admin ada cerita pasal seorang pelajar tikam cikgunya sebab kantoi hisap rokok tu?

Menurut Tribun, pelajar dan rakan subahatnya yang belajar di sekolah agama Kristian Ichtus Manado di Indonesia kini ditahan di penjara sementara mengikuti perbicaraan di mahkamah.

Dua pelajar ini mengaku mereka sering terbayang wajah arwah gurunya, Alexander Werupangkey yang mati ditikam berulang kali. Manakala, tertuduh utama, FL yang menikam Alexander pula berkata dia sering mendapat gangguan aneh.

Sejak masuk penjara di Polresta Manado, saya sering mimpi aneh. Saat tidur, seperti ada yang menyentuh saya tapi saat bangun, tidak ada orang disamping saya.”

FL kemudian berkata, bila dia tersedar, dia terus membacakan doa sambil meminta maaf kepada arwah dan sambung membaca bible.

“Saya terus berdoa minta maaf kerana saya sudah salah. Sampai sekarang wajah bapak guru masih terbayang di pikiran saya.”

Sumber: Tribun

Rakan subahatnya, OU pula turut mengaku wajah guru yang dipukulnya dulu jua pernah terbayang di fikirannya.

Kami menyesal, memang benar penyesalan di belakang, saya jadi takut, kami berdua sering berdoa bersama, meminta maaf kepada pak guru lewat doa.”

Perbicaraan kes mereka masih lagi berlangsung di mahkamah tertutup. Kedua pelajar ini didakwa selepas mengaku menikam guru mereka sebanyak 14 kali pada 12 Oktober lalu dan dikatakan pembunuhan ini telah dirancang selepas tak puas hati ditegur mangsa kerana merokok.

 

Baca: “Melampau gila!” – [Video] Pelajar Tikam Cikgu Sampai Mati Sebab Tak Puas Hati Kantoi Hisap Rokok

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson