in

“Saya ingat dah hari kiamat”- Kehilangan 100 Ahli Keluarga Sekelip Mata, Survivor Tsunami Aceh 2004 Kongsi Kisah Duka

Featured 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanggal 26 Disember 2004, tarikh yang menjadi kenangan hitam buat ramai diantara kita khususnya di rantau Asia Tenggara.

Kira-kira 220,000 kematian dilaporkan akibat malapetaka tsunami dengan kematian terbesar di Aceh iaitu sebanyak 170,000 orang, dan baki antaranya dari Thailand, India, Sri Lanka dan Malaysia juga tidak terkecuali.


80427866 597190597517480 1736116215874584576 N
Sumber: facebook

Rahmat Saiful Bahri, 52 tahun tidak pernah sekalipun dia mendengar perkataan ‘tsunami’ dalam hidupnya, sehinggalah malapetaka itu membadai kampungnya di Banda Aceh, 15 tahun yang lalu.

“Saya ingat dah kiamat”

Pada pagi 26 Disember 2004, gempa bumi berukuran 9.1 skala richter menggoncang wilayah Aceh.

Rahmat mendengar ramai orang terpekik terlolong mengatakan air dah masuk ke bandar dengan cepat dan telah membanjiri banyak kawasan.

Saya fikir ia adalah kiamat”

Dia dengan isteri dan tiga anaknya segera berlari ke masjid berdekatan untuk perlindungan.

Walaupun gelombang tsunami tinggi mencecah 15 hingga 30 meter bagi beberapa kawasan dia Aceh, namun air tersebut tak menyentuh pun tingkat 2 masjid.

Saya melihat segala-galanya dibawa arus air, sampah, rumah sehinggalah manusia”

“Saya lihat jiran tersekat di antara runtuhan, dia menangis meminta pertolongan tapi saya tidak dapat membantunya kerana pada masa sama saya juga cuba menyelamatkan diri, saya lihat dengan mata saya sendiri bagaimana dia mati.”

Korban secara besar-besaran dalam jumlah yang ramai itu masih segar dalam benak fikiran orang Aceh.

Di tengah-tengah huru-hara, Rahmat yang juga seorang penjawat awam menceritakan bagaimana dia pergi ke pelusuk tempat selepas air surut, bagi mencari anak sulungnya.

Nasib baik anaknya berjaya ditemui masih hidup beberapa hari kemudian dia Sigli, iaitu kira-kira 110 kilometer dari Banda Aceh itu pun selepas polis membawa kanak-kanak itu ke daerah tersebut kerana menganggap kanak-kanak itu yatim piatu.

Jumpa mayat bergelimpangan di merata-rata tempat

80792173 597191247517415 5732743122010505216 N
Sumber: facebook

Ketika itu dia dapat saksikan mayat-mayat bertebaran di seluruh bandar dan keadaan amat dahsyat sekali.

Angka rasmi kematian di Aceh sahaja adalah sebanyak 170,000 orang.

Meskipun keluarga dan saudara-maranya terselamat namun bencana itu membuatkannya trauma.

Saya fikir air adalah pembunuh”

Malah disebabkan kejadian itu, dia tidak boleh berada lama di dalam laut kerana asyik memikirkan bencana tersebut.

Namun nasib tidak menyebelahinya sekali lagi apabila terpaksa berhadapan kejadian sama tapi kali ini di Palu, Pulau Sulawesi pada September tahun lalu, ketika dia outstation di sana.

Palu
Sumber: blog

Ketika dia sedang mandi, biliknya terasa bergegar. Dia yang ketika itu hanya sedang berseluar dalam, terus berlari ke tingkat atas.

“Jika hotel nak runtuh, sekurang-kurangnya saya akan berada di bahagian atas bangunan dan tak akan di hempap oleh siling”

Ketika dia berada di tingkat paling atas hotel tersebut, dia melihat gelombang besar menelan segala-galanya.

“Saya menyerahkan diri kepada Allah”

Tsunami Palu dengan gegaran bermagnitud 7.5 itu dilaporkan telah mengorbankan kira-kira 4,000 nyawa, lapor Channel News Asia.

Kisah yang dikongsikan Ridwan Johan, 53 tahun ini tidak banyak beza dengan Rahmat.

Ketika bencana tersebut, dia berjaya mendapatkan perlindungan di masjid di Banda Aceh, bagaimanapun kampung halamannya di Meulaboh bandar pesisir pantai paling teruk dilanda tsunami.

“Saya kehilangan 100 ahli keluarga, sepupu dan keluarga terdekat”

Katanya rumah ibunya musnah teruk, namun ibunya terselamat dengan berpaut pada sekeping kayu ketika air sedang membanjiri kawasan itu.

 

Baca : Katil saya terapung, isteri dan anak-anak hanyut..-Rumah DiBadai Tsunami, Dihanyutkan Lebih 3 Kilometer Lelaki Sangkakan Mimpi Namun

Pal

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.