“Katil saya terapung, isteri dan anak-anak hanyut..”-Rumah DiBadai Tsunami, Dihanyutkan Lebih 3 Kilometer Lelaki Sangkakan Mimpi Namun….

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Baru-baru ini negara jiran kita digemparkan dengan berita bencana yang menyayat hari iaitu Tsunami Selat Sunda.

Menurut bharian, difahamkan sebahagian daripada kawah gunung Anak Krakatau runtuh selepas letusan dan jatuh ke dalam laut, ia mencetuskan gelombang ombak maut sehingga menyebabkan kemusnahan dan beratus-ratus kematian.

Anak Krakatau dari pandangan udara..

Sumber : Google

Bot-bot nelayan musnah dibadai tsunami..

Rumah musnah, ribuan hilang tempat tinggal..

Sumber : Google

 

Hari ini lapor frontdesk, seorang lelaki menceritakan detik hitam yang berlaku sewaktu tsunami itu membadai wilayah kediamannya.

Ketika ditemui di Banten, Indonesia, Dasep (31 tahun) berkata dia kehilangan anak perempuannya yang berusia tiga tahun dan bayi lelaki berusia 22 hari dalam kejadian malang tersebut.

Saya, isteri dan anak-anak dihanyutkan ombak besar ketika kami semua sedang tidur, pada mulanya saya menyangkakan mimpi rupanya tidak,”

Sumber : frontdesk

Dasep berkata, dua hari sebelum kejadian bencana tsunami tersebut, isterinya yang berusia 27 tahun kerapkali mengajaknya pulang ke rumah ibu bapa mertua di Citakil.

“Dua hari sebelum kejadian (bencana tsunami), isteri saya (Nur) berusia 27 tahun, kerap mengajak saya untuk pulang ke rumah kedua ibu bapanya di Citakil.

“Ini berikutan, ibu bapa kepada isteri saya berasa tidak sedap hati. Saya bukan tidak mahu pulang ke sana tetapi masih ada kerja yang perlu saya selesaikan,”

Nak dijadikan cerita, Dasep berkata sebelum kejadian dia dan keluarganya sedang lena tidur namun tidak lama selepas itu kedengaran bunyi seperti pantai ‘dipukul’ dengan kuat tetapi dia tidak mengendahkannya.

“Sedang lena tidur, tiba-tiba katil saya terapung dan naik secara perlahah-lahan, saya merasa semakin dekat dengan siling rumah.

“Pada ketika itu saya ingatkan sedang bermimpi tetapi sangkaan saya meleset apabila ombak besar membadai rumah saya sehingga roboh serta dihanyutkan sejauh 3 kilometer dari rumah,”

Lebih malang, Dasep berkata ketika kejadian isteri dan anak-anaknya telah dihanyutkan arus kuat dan dia tidak sempat untuk menyelamatkan anak-anaknya itu..allahu, moga Dasep dan isteri tabah.

Malah isterinya juga ditemui keesokan harinya, manakala dua lagi anak kecilnya ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

“Sewaktu pertemuan kami, saya sedang membuat salinan sijil kematian anak-anak saya untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Rumah saya hancur, anak-anak meninggal dunia. Tinggal saya dan isteri. Salinan sijil kematian ini akan saya serahkan kepada pemerintah untuk mendapatkan bantuan meneruskan kelangsungan hidup,”

Sesungguhnya bertimpa-timpa dugaan yang melanda negara jiran kita, Indonesia..semoga mereka terus tabah dan kuat meneruskan saki baki hidup yang masih ada.

Baca : Tak Sampai 2 Minggu Kena Tsunami, Indonesia Dilanda Puting Beliung Dahsyat!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.