in

“Saya datang sini sebab kerja, tak nak dengar story pasal life saya” – Safawi Rasid Bengang Banyak Kisah Peribadi Naik di Media Sosial

Safawi Rasid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak bangga kan? Bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid bakal menempuhi cabaran baru di persada antarabangsa apabila kini berhijrah ke Liga Portimonense SC, Portugal baru-baru ini.


View this post on Instagram

Happy to join @portimonense_oficial

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on

Meskipun ramai yang berbangga dan gembira dengan kejayaan yang ditempa Safawi, muncul pula berita tidak enak mengenai kehidupan peribadinya yang sering menjadi tatapan ramai selain daripada berita mengenai kariernya itu.

 

“Saya datang sini untuk kerja” – Safawi 

Menerusi perkongsian Twitter peribadinya, Safawi memohon pihak media menghormati dirinya dengan tidak memuat naik berita mengenai kehidupan peribadinya dan mengaitkan perkara tersebut dengan kariernya yang kini bakal bermula cerah di Portugal.

Malah Safawi juga dilihat kurang senang dengan berita mengenai pelakon Syifa Melvin yang berjanji untuk menjaga keluarga Safawi sepanjang ketiadaannya baru-baru ini. Aduhai… 

 

“Semoga terus tabah. Pengamal media fokuslah kepada kerjaya Safawi di sana” 

Walau bagaimanapun, mujurlah netizen dan peminat Safawi memberi kata-kata semangat kepada pemain bola sepak tersebut dan meminta dia bersabar serta terus positif dengan apa yang berlaku.

Malah media juga ditegur untuk fokuskan berita mengenai kejayaan Safawi daripada isu peribadinya tu. Opss okay! 

Gudluck Pawi

Apa-apapun bagi admin, ikutlah kata netizen dan fans tu. Abaikan berita negatif dan terus fokus dengan kerjaya sekarang. Safawi ada potensi jadi pemain bola sepak yang baik. Goodluck bro! 

Baca: “Masyuk bohhhh” – Harga Safawi Cecah RM1.6 Juta Bersama Portimonense SC, Bakal Meningkat Hingga RM3 Juta!

Portmonese

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.