in

“Masyuk bohhhh” – Harga Safawi Cecah RM1.6 Juta Bersama Portimonense SC, Bakal Meningkat Hingga RM3 Juta!

Safawi Harga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Safawi Rasid yang akan berpindah dan bermain untuk Portimonense SC dilaporkan bakal menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara, lapor Harian Metro.


Semuanya jika Safawi berjaya membuktikan keupayaannya bersama kelab liga utama Portugal itu. Bukan itu saja, nilai penyerang kebangsaan itu dikatakan boleh meningkat sekali ganda selepas menempatkan diri dalam pasukan di Eropah dan menjadi perhatian kelab ternama lain di masa akan datang.

Mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga Safawi mencecah 300,000 pound bersamaan dengan RM1.6 juta. Nilai itu juga dikatakan akan meningkat sehingga RM3 juta jika dia terus beraksi bersama kelab itu atau sekiranya dilamar kelab gergasi di Eropah.

Safawi2

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata ketika ini hanya Safawi saja pemain dari Asia Tenggara yang bermain di liga utama Portugal itu. Tidak mustahil, dengan kemampuan dimiliki Safawi dia boleh bersaing dengan pemain lain.

“Saya tidak menolak kemungkinan Safawi boleh menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara lebih-lebih lagi jika dia beraksi cemerlang bersama kelab terbabit. Jika mengikut anggaran, gaji seorang pemain Asia di Liga Portugal adalah dalam lingkungan AS$7,000 hingga AS$15,000 sebulan iaitu bersamaan RM30,000 hingga RM70,000.”

“Gaji Safawi mungkin boleh mencecah RM70,000 berdasarkan prestasi semasa, namun perkara terbabit adalah subjektif dan itu adalah jumlah yang kemungkinan Safawi peroleh nanti. Perkara utama adalah Safawi berpeluang bersaing dengan pemain daripada kelab terkenal seperti Benfica dan Porto yang sememangnya diketahui mempunyai ramai pemain ternama.”

Kata Effendi, Portimonense SC adalah pasukan yang berpengaruh jadi penghijrahan Safawi ke kelab itu adalah perkara yang membanggakan negara kita.

Baca: “Bagus dik!” – Netizen Puji Semangat Luqman Hakim, Pemain Muda Malaysia Bermain di KV Kortrijk, Belgium

2Luqman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.