Beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai kemunculan Datuk Aaron Aziz bersama pelakon antarabangsa, Chris Hemsworth di atas satu pentas dalam mempromosi filem Netflix, Extraction 2.
Disebabkan hal tersebut, ramai yang menyangka pelakon KL Gangster ini terlibat sama dalam filem itu, namun pihak pengurusan Netflix memaklumkan bahawa Aaron tidak terlibat dengan sebarang lakonan filem tersebut dan hanya hadir ke tayangan perdana sebagai tetamu jemputan, lapor Utusan Online.
Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie Alaudin tidak terlibat dalam filem Extraction 2.
“Kedatangan mereka ke sana adalah bedasarkan undangan bagi mewakili Malaysia ke tayangan perdana,” kata agensi pengurusan Netflix di Malaysia, Maker Lab.
“Apa motif buat macam tu?”
Susulan pengesahan tersebut, pelakon berkenaan didakwa telah menerima pelbagai respon daripada netizen dan ada di antaranya telah menyinggung perasaan pelakon itu.
Isteri Aaron Aziz, Diyana Halik semalam menerusi satu posting di Instagram menegur tindakan sesetengah netizen dan media yang dikatakan telah mengecam suaminya dan melemparkan kata-kata berunsur ‘bodyshaming’ hingga menyebabkan pelakon tersebut tertekan.
“Berbulan bulan suami saya kena bodyshamed. Kirakan baik la jugak suami saya all these while dia tak buat apa apa, tak saman tak apa orang yang insult dia. Dia cakap takpe la doa aje. Positive vibe.
“Tapi kali ni aduh, what is the motive of doing so? Everyone has moved on. Tiber nak api api kan and bodyshame lagi dan lagi. So this time, my husband cant be oppressed anymore, I can’t take this bodyshamming no more.
“Something so happy and positive get twisted like this. Goodness. Mendatangkan dosa buat apa ye. Tak faham,” luahnya.
“Apa kesalahan saya?” – Aaron
Manakala Aaron dalam satu posting lain meluahkan rasa sedihnya atas apa yang berlaku.
Menurut pelakon ini, dia tidak faham dengan sikap orang yang tak henti-henti mengecamnya seakan dia pernah membuat kesalahan dan menzalimi orang sebelum ini.
Posting berkenaan walau bagaimanapun telah menerima pelbagai komen positif netizen yang berharap pelakon terbabit terus kuat menghadapi dugaan yang menimpa dan tidak mengendahkan kata-kata orang terhadap dirinya.
Apa-apapun diharapkan Aaron tabah dengan dugaan yang dihadapi. Jangan terlalu fikirkan sangat ye.
Baca: “Allah knows best” – Aaron Aziz Sepentas Dengan Chris Hemsworth, Netizen ‘Perli’ Syamsul Yusof?