Jatuh bangun rumah tangga itu suatu perkara yang sering didengar dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin. Malah, ada antara mereka yang selesa berkongsi hal ‘dalam kain’ rumah tangga mereka di media sosial.
Baru-baru ini seorang wanita yang berasal dari Indonesia telah berkongsi kisah rumah tangganya di laman TikTok (@cndyynsd) dan meraih ramai perhatian!
“Saya dah kahwin tapi masih dara.”
Seperti kertas yang direnyuk, hati si isteri punah apabila dia mendapati bahawa suaminya curang dengan lelaki lain. Dia mula merasakan perkara tersebut kerana suaminya telah berubah sikap tambahan pula tidak pernah ‘disentuh’ sepanjang mereka berkahwin.
Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan luahan perasaanya terhadap suaminya, dia terasa seperti dipermainkan.
“Dia mencintai orang lain tetapi lelaki bukannya perempuan…Duniaku terasa runtuh. Aku cuba menerima keadaan itu tetapi dia malah pergi dan tidak ada khabar.”
Wanita itu juga berkongsi screenshot perbualan antara suaminya dan ‘teman lelaki’ barunya. Menurut screenshot tersebut, Suaminya malah menghilang dan tidak membalas mesej isterinya walaupun telah dipujuk baik oleh si isteri.
Bercerai adalah jalan penyelesaian yang terakhir….
Selepas beberapa kali memujuk dan mencari cara untuk si suami berubah dan kembali ke pangkal jalan, akhirnya wanita tersebut membuat keputusan untuk bercerai dan bawa haluan masing-masing.
Hatinya punah tetapi tetap berterima kasih kepada orang yang sekelilingnya yang sentiasa memberi semangat dan kekal kuat.
Kisah ini bagi min sangat menyedihkan apabila si isteri terasa dipermainkan hatinya. Tidak kira apapun, curang atau orang ketiga dalam perkahwinan seharusnya tidak berlaku dan setiap pasangan perlulah menjaga diri dan kepercayaan masing-masing.
Apa pandangan korang pula?
Baca: “Tak rasa bersalah ke?” – [VIDEO] Soalan Pedas Pak Nil Pasal Isu Curang Buat Shuk Terdiam