in

“Saya cuba kesini setiap minggu” – Lelaki Cina Susunkan Kasut Jemaah Masjid Masa Solat Jumaat Buat Netizen Kagum

masjid4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kepincangan masarakat kita pasal isu perkauman yang semakin teruk pada masa kini, masih ada lagi perpaduan dan harmoni yang kita tak nampak.

Terharu rasanya bila nampak seorang warga emas berbangsa Cina ini sanggup bantu jemaah masjid yang sedang menunaikan solat Jumaat susunkan selipar dan kasut mereka.


 

Hampir setiap minggu datang ke masjid

70476322 976131806052463 7899285528472715264 n

Kejadian ini berlaku masa Jumaat lepas, saat jemaah sedang menunaikan solat Jumaat di sebuah  masjid di Singapura, pakcik ni kelihatan menyusun kasut-kasut jemaah.

Menurut salah seorang jemaah Irfan Musthapa, dia yang menghampiri Steven dan bertanyakan beberapa soalan kepadanya.

Bila ditanya kenapa dia melakukan perkara sedemikian, pakcik yang dikenali sebagai Steven ni saja je nak bagi nampak kemas.

Katanya lagi, dia cuba akan datang ke masjid ini setiap minggu untuk susunkan kasut-kasut para jemaah disini.

 

Di bawah matahari terik, ditambah dengan jerebu hari ini, di berkaki ayam di atas konkrit yang panas, berpeluh, beratus-ratus jemaah yang ingin tahu, dia mencangkung dari selipar ke selipar, susunkan dengan tujuan memudahkan semula para jemaah untuk dapatkan kasut mereka selepas solat.”

https://www.facebook.com/MuslimYouthForumSingapore/posts/976131886052455

Perkongsian yang di kongsikan melalui Facebook ini telah membuatkan umat islam terpegun dan terharu dengan sikap mulianya ini.

masjid 1 masjid2

Menurut Irfan, Steven tinggal di kawaan berhampiran dengan masjid tersebut, jadi dia akan cuba sebaik mungkin untuk hadir ke masjid melakukan amalan mulia itu. Allahuakbar, bukan senang nak jumpa orang macam ni.

 

Baca : “Macam tulisan komputer” – Tulisan Tangan Kemas & Cantik Masjid Ini Buat Netizen Terpukau

masjid3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.